Buletin

“FROM CLASSIC, BEYOND CLASSIC” – SLOGAN DAN SIMBOL DEDIKASI JAECOO UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN DINAMIK

JAECOO J7, yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tahun hadapan, memperkenalkan slogan jenama, “From Classic, Beyond Classic”, menggabungkan kecemerlangan automotif tradisional dengan inovasi kontemporari.

JAECOO memiliki posisi unik untuk menarik minat profesional moden yang mencari kualiti, gaya hidup, dan pengembaraan dalam pilihan kenderaan mereka.

J7, sebuah kenderaan luar bandar tahan lasak dan serba boleh, melambangkan dengan sempurna falsafah jenama JAECOO “From Classic, Beyond Classic”.

Ini merupakan simbol dedikasi JAECOO untuk memenuhi keperluan dinamik pengguna moden.

Menurutnya, dalam pasaran off-road yang kompetitif, bergantung pada pencapaian lalu sudah tidak lagi mencukupi.

Menerusi J7, JAECOO menawarkan prestasi unggul termasuk menampilkan Sistem Pemanduan Pintar Semua Jalan (ARDIS) yang inovatif.

Memberi keutamaan kepada keselamatan, JAECOO memastikan semua modelnya memenuhi piawaian keselamatan global lima bintang, dengan menggabungkan badan kerangka yang menyerap tenaga, keluli kekuatan tinggi, serta sistem ADAS canggih.

Selain itu, ia juga menampilkan ciri-ciri canggih seperti cip Qualcomm 8155, 7 nm terkini, yang menyediakan kuasa pengkomputeran dan responsif luar biasa, termasuk masa boot-up 2 saat serta keupayaan untuk memproses lebih dari 20 arahan dalam 30 saat.

Model J7 didatangkan bersama skrin panorama 14.8-inci, papan pemuka LCD penuh, dan paparan kepala ke atas W-HUD baharu, bagi memastikan interaksi lebih lancar.

Dari segi visual atau reka bentuk, J7 memaparkan kemahiran ketukangan JAECOO serta benar-benar melambangkan falsafah estetika “From Classic, Beyond Classic”.

Dalam pasaran off-road hari ini, pengguna semakin memberi tumpuan kepada prestasi praktikal dan inovasi, JAECOO berada dalam kedudukan baik untuk menakrif semula pengalaman SUV off-road.

Google ads
Back to top button