Artikel Pilihan

CASELANI – ALKISAH PEMBUAT KUSTOM VAN KLASIK CITROEN TYPE H

Citroen Type H semenangnya dikenali sebagai sebuah van klasik di era bermula tahun 1947 hingga ke tahun 1981. Khabarnya sepanjang tempoh produksi melalui kilang pemasangan di Perancis dan Belgium, sejumlah 473,289  unit telah dibina menjadikannya sebagai sebuah van yang cukup popular di Eropah.

Akan tetapi ada seorang anak muda yang bernama Fabrizio Caselani cukup meminati rekaan klasik dan retro Citroen Type H ini. Malah, beliau turut merupakan pengumpul terhadap model klasik dari Citroen ini. Disebabkan minat, beliau telah menubuhkan pembuatan karoseri Caselani yang berpangkalan di Itali bagi khusus untuk membina semula model moden Citoren yang moden dengan rupa retro klasik Type H yang cukup ikonik ini. Ajaibnya, usaha ini turut telah diberikan lampu hijau oleh Citroen untuk mengeluarkan beberapa buah model dengan rupa klasik dan retro Type H ini. Selain daripada Fabrizio Caselani, turut terdapat seorang lagi individu penting, David Obendorfer yang merupakan seorang Pereka untuk karoseri Caselani ini.

Fourgonnette

Ini adalah model terkecil dalam senarai katalog model keluaran Caselani ini. Fourgonnette ini dibina berinspirasikan daripada model lagenda 2CV AU yang dikeluarkan pada tahun 1951. Ianya disusuli dengan kejayaan model 2CV AZU yang dikeluarkan pada tahun 1954. Sejumlah 1,247,000 unit telah terjual.

Fourgonnette ini dibina berdasarkan model moden Citroen Berlingo tetapi jelas kelihatan kerja – kerja pembinaan fascia hadapan agak rumit kerana perbezaan jarak hud hadapan yang lebih panjang perlu dibina. Jelas kelihatan juga lampu utama bulat yang lebih tersembul, sama seperti model lagenda 2CV tersebut. Pembeli boleh menempah sama ada untuk kegunaan persendirian atau pun van panel untuk mengangkut barang.

Type HG

Model Type HG ini dibina bagi mereka yang mahukan kenderaan lebih besar berbanding model Fourgonnette . Ianya dibina berdasarkan model Citroen Jumpy / SpaceTourer. Dengan saiz van yang lebih besar, ianya cukup sesuai sekiranya dijadikan sebagai sebuah kenderaan keluarga yang cukup selesa,.

Setakat nak pergi berjalan – jalan ke pusat membeli belah cukup sesuai. Itu jam parkir guna vallet baru sesuai parkir depan pintu masuk. Terdapat lima varian yang ditawarkan kepada pembeli termasuklah Type HG varian EV dengan kapasiti lima hingga lapan tempat duduk.

Type H

Ini merupakan binaan yang benar – benar berinspirasikan model Type H yang asal. Dengan mempunyai saiz yang lebih besar, ianya cukup sesuai untuk pelbagai fungsi kegunaannya. Ianya dibina berdasarkan model Citroen Jumper.

Dengan saiz yang besar dan tinggi, penumpang di dalamnya boleh sahaja untuk berdiri tegak tanpa masalah memungkinkan varian Campervan atau pun Food Truck cukup sesuai untuk digunapakai. Atau pun nak guna untuk van panel bagi mengangkut barang dagangan dengan kapasiti yang jauh lebih besar. Yang pasti, rupa klasik dan retro Type H baharu ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

BACA : CITROEN SM PRESIDENTIAL – PERNAH MENJADI KERETA RASMI PRESIDEN PERANCIS SUATU KETIKA DAHULU

BACA : CITROEN TYPE HOLIDAYS VAN KONSEP. AJOOM PERGI BERKHEMAH

Google ads

B K

Back to top button