Buletin

CITROEN C3 RALLY2 – SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK BEREVOLUSI

Dalam saingan FIA World Rally Championship (WRC) jenama Citroen barangkali dianggap yang paling kodi sekarang ini. Sementelah pengunduran mereka dalam kelas utama, kini yang tinggi hanyalah jentera Citroen C3 Rally2 yang masih gigih beraksi dalam kelas WRC2.

Disebalik pengenalan beberapa model jentera baharu Rally2 seperti Skoda Fabia RS Rally2 dan juga Hyundai i20 N Rally2, jentera lama ini masih bagi bergantung kepada jentera yang asalnya merupakan model R5 ketika kelas tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2018.

Kemudiannya jentera ini mula menerima kerja – kerja tingkat taraf pada tahun 2021 sejajar dengan pengenalan sistem piramid terbaharu dalam WRC, jentera kelas Rally2.

Menurut pengeluar dari Perancis itu, sudah sampai masanya untuk mereka berbuat sesuatu bagi mempertingkatkan semula jentera Citroen C3 Rally2 mereka yang mungkin telah ketinggalan berbanding jentera Rally2 yang ada. Adalah boleh dijangka kerja – kerja tingkat taraf yang bakal diberikan meliputi bahagian enjin, transmisi, sistem ampaian dan juga aerodinamik.

“Pembangunan jentera rali seperti ini tidak akan pernah selesai”, ujar Didier Clément, Ketua Citroën Customer Racing.

“Kami sentiasa bekerja untuk mempertingkatkan termasuklah perkara perincian yang kecil. Kita boleh melihat ini di masa lalu meliputi jentera Xsara, C4, DS3 dan juga C3 dalam WRC”, tambah beliau lagi.

“Kami akan ada kerja – kerja penambahbaikan secara keselurulan. Kami bekerja dalam pelbagai aspek meliputi enjin dan beberapa perkara tentang perisian alat ganti. Kami akan menambah baik sistem ampaian dan juga aerodinamik. Dan apabila kesemua perkara kecil ini digabungkan, maka ianya akan menjadi langkah yang cukup besar” tambah Didier Clément lagi.

Adalah dijangkakan kerja – kerja penambaikbaikan ini akan bermula secara berkala sepanjang musim ini dengan pemandu seperti Yohan Rossel yang mendapat sokongan secara langsung dari Citroen akan mendapat manfaat terlebih dahulu. Ketika ini Yohan Rossel adalah pendahulu pungutan mata bagi kategori WRC2.

Selain daripada Yohan Rossel, ada beberapa pemandu ternama seperti Yoann Bonato, Mads Østberg turut memandu jentera Citroen C3 Rally2.

Ketika ini terdapat pengeluar seperti Citroen, Skoda, Hyundai, Ford dan juga Volkswagen yang beraksi dalam kelas WRC2. Dan musim hadapan, Toyota juga bakal beraksi dalam kelas WRC2 untuk menambahkan lagi kesengitan sedia ada.

BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY2 BAKAL BERAKSI DI ERC & WRC

BACA : CITROËN C3 RALLY2 – TAMPIL DENGAN IMEJ BAHARU

Google ads

B K

Back to top button