Buletin

CITROEN RACING AKAN DIPERKUATKAN DENGAN YOHAN ROSSEL DAN NIKOLAY GRYAZIN BAGI WRC2 MUSIM HADAPAN

Yohan Rossel dan Nikolay Gryazin sahih akan bergandingan sebagai satu pasukan untuk kempen FIA World Rally Championship WRC2 bagi musim  2024 dengan memandu jentera Citroen C3 Rally2.

Kedua pemandu tersebut mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam kategori sokongan utama tersebut, akan menerajui program WRC bersama pasukan rasmi Citroën Racing dengan kerjasama pasukan DG Sport.

Yohan Rossel, 28, akan memulakan musim keenam berturut-turut bersama jentera Citroën tersebut. Pemandu Perancis tersebut sebelum ini pernah merangkul kejuaraan WRC3 pada 2021, mengetuai Rali C32, dan memperoleh kemenangan WRC2 di Monte-Carlo dan juga Croatia tahun ini.

“Saya berasa sangat bangga dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh Kumpulan Stellantis kepada saya,” kata Yohan Rossel. “Musim depan, sudah 10 tahun saya memandu kereta mereka! Penghormatan ini terjadi dengan dua cara: kesetiaan dan konsistensi adalah sangat penting bagi saya, jadi untuk meneruskan Citroën – jenama yang saya pandu sejak 2019 – adalah logik sepenuhnya”.

“Musim 2024 akan menjadi satu lagi musim yang sangat sengit, tetapi kami akan mendapat manfaat daripada Nikolay Gryazin dalam pasukan kami. Dia memandu dalam banyak perlumbaan dan akan dapat membantu membangunkan kereta di setiap permukaan, yang merupakan salah satu hasrat saya: kita memerlukan seseorang seperti dia yang cukup berpengalaman.”

Sementara itu, Nikolay Gryazin menghadapi cabaran baharu—perubahan kepada Citroen C3 Rally selepas menghabiskan musim beberapa musim sebelum ini dengan mengemudi jentera Škoda Fabia. Pemandu berusia 26 tahun itu menamatkan saingan musim ini sebagai naib juara di belakang Kajetan Kajetanowicz dalam kejuaraan WRC2 Challenger tahun ini.

“Menyertai #C3Rally2Family benar-benar satu lembaran baharu dalam kerjaya saya,” katanya. “Berada dalam persekitaran yang hebat di sekeliling saya dengan pasukan yang hebat, ia sangat penting. Saya sangat ingin tahu bagaimana musim ini. Saya sudah menguji kereta itu, dan di Tarmac, saya berasa sangat bagus”.

“Untuk kerikil ia juga bagus, cuma perlu meluangkan beberapa waktu ujian untuk mendapatkan talaan terbaik untuk gaya pemanduan saya. Pada 2024, saya fikir kita perlu bijak, strategik dan melakukan tugas kita seperti biasa dan pastinya untuk menikmati pemanduan, ini yang paling penting!”

Didier Clement, Pengarah Sukan Perlumbaan Pelanggan Stellantis Motorsport, menambah:

“Kami semua sangat teruja dengan Nikolay Gryazin menyertai kami dalam kejohanan WRC2: seorang [pemandu] yang bakat dan pengalamannya diakui secara universal. Kami juga mendapat manfaat daripada memiliki Yohan Rossel, seorang pemandu yang benar-benar bermula melalui barisan kategori junior Stellantis Motorsport.

“Kedua-dua bakat ini akan membentuk sebahagian daripada pasukan DG Sport dari Belgium tahun depan, yang akan mewakili Citroen Racing pada FIA World Rally Championship 2024. Program mereka sudah pun berlangsung hujung minggu depan, apabila mereka akan mengambil bahagian dalam Rallye du Devoluy di selatan Perancis untuk bersiap sedia untuk Rallye Monte-Carlo.”

BACA : CITROEN C3 RALLY2 – SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK BEREVOLUSI

BACA : CITROËN C3 RALLY2 – TAMPIL DENGAN IMEJ BAHARU

Google ads

B K

Back to top button