Buletin

FORD RAPTOR T1+ – INILAH DIA PENCABAR DAKAR RALLY

Ford telah memperkenalkan jentera buas terbaharu mereka, Ford Raptor T1+, khusus bagi menentang cabaran dalam perlumbaan off-road yang cukup mencabar, Dakar Rally. Model ini adalah hasil daripada kerja yang mantap Ford Performance dan juga M-Sport.

Kenderaan yang kelihatan cukup buas dan lasak itu menggunakan hasil pembelajaran daripada perlumbaan Dakar Rally 2024 bagi meningkatkan sistem suspensi yang canggih, prestasi V8 yang telah dikemaskini dan juga reka bentuk yang direka khas untuk membantu menakluki rupa bentuk muka bumi yang ekstrem. Dan model Ford Raptor T1+ ini telah pun membuat debut sewaktu Goodwood Festival of Speed 2024 yang lalu.

Menurut Pengarah Global Ford Performance Mark Rushbrook mereka mengakui ianya adalah suatu tugasan yang cukup sukar tetapi tidak bermakna mereka akan mengenepikannya. Ford Performance telah menyahut cabaran dengan bekerjasama rapat dengan M-Sport Ford dan juga Red Bull sebagai bukti betapa mereka serius untuk menghasilkan Ford Raptor T1+ ini.

Sementara itu bagi Pengarah M-Sport Matt Wilson pula berkata “Ini adalah jenis peluang yang datang sekali dalam seumur hidup – untuk menyokong Ford Performance semasa mereka menuju ke Dakar dengan Ford Raptor T1+ baharu ini akan menjadi pengembaraan yang luar biasa,”

Malah Ford Raptor T1+ ini telah pun selesai melengkapkan ujian sejaun 10,000 km dengan beberapa kondisi permukaan yang ekstrem bagi menghadapi perlumbaan Dakar Rally kelak.

Sistem suspensi lanjutan untuk Ford Raptor T1+ ini mempunyai suspensi double-wishbone bebas hadapan dan belakang dengan kerjasama Fox yang telah menyediakan peredam pintasan luaran boleh laras tiga hala dan empat hala boleh laras dengan takungan jauh yang melengkapkan setiap roda, memastikan pengendalian dan ketahanan yang ekstrem.

Ford Raptor T1+ ini menggunakan rim bersaiz 17 inci yang dibaluti dengan tayar besar bersaiz 37 inci dan dipasangkan dengan cakera pengudaraan Alcon 355mm hadapan dan belakang serta enam angkup monoblok omboh.

Trenkuasa model ini menggunakan enjin berasaskan Coyote V8 5.0 liter yang cukup berkuasa untuk menawan apa juga bentuk muka bumi.

Badannya diperbuat daripada carbon fiber dengan casisnya pula diperbuat daripada steel spaceframe untuk kejituan sekiranya terjadi apa – apa yang tidak diingini.

Untuk cabaran Dakar Rally, tugasan memandu jentera yang buas dan lasak ini akan diserahkan kepada lagenda rali dan juga mantan juara empat kali Dakar Rally, Carlos Sainz Sr, Nani Roma, Mattias Ekström dan juga Mitch Guthrie Jr.

BACA : CARLOS SAINZ SR KINI BERGELAR JUARA DAKAR RALLY PALING TUA

BACA : DACIA SANDRIDER – MUNGKINKAH INI PENCABAR BAHARU UNTUK RALI DAKAR?


Google ads

B K

Back to top button