Buletin

YOUTUBER BELI SUV MAHINDRA BOLERO BERNILAI RM66,000 PAKAI SYILING

Seorang YouTuber bersama-sama sahabatnya menarik perhatian ramai di media sosial apabila membeli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Mahindra Bolero menggunakan duit syiling.

Varian Mahindra Bolero yang dibeli YouTuber berkenaan berharga kira-kira Rs 12 lakh (RM66,537).

Dalam video dimuat naik di YouTube, YouTuber berkenaan dan sahabat-sahabatnya kelihatan memasuki bilik pameran Mahindra.

Ketika di dalam bilik pameran, mereka bertanyakan berhubung harga SUV Bolero.

 Selain itu, sekumpulan sahabat terbabit turut membawa beberapa guni duit syiling untuk membuat pembayaran kenderaan berkenaan.

Mereka juga membawa bersama beberapa guni yang diisi duit syiling untuk membeli kenderaan tersebut.

Para pekerja didapati sedang mengira duit syiling yang diletakkan di atas meja dan lantai bilik pameran.

Penyerahan kunci kenderaan baharu dilakukan selepas para pekerja selesai mengira duit dan mengisi borang hak milik kenderaan. – india.com

Google ads
Back to top button