
CRUISER TRIUMPH AMERICA EDISI TERHAD
Triumph bukanlah satu nama yang besar dalam segmen cruiser. Mesin terkini yang didedahkan hasil sentuhan House Hinckley ini akan menjadi jentera koleksi.
Triumph mengeluarkan edisi terhad cruiser America dan America LT. Hanya 50 unit sahaja akan dikeluarkan dengan 25 unit bagi setiap model.
Pada setiap sisi kanan dan kiri model itu akan disematkan angka dan sijil yang sudah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Triumph Motorcycles, John Bloor sebagai tanda motor edisi terhad.
Kedua-dua model didatangkan dengan warna berbeza. Bagi model America, warna putih dan kombinasi corak garis oren digunakan.
Sementara America LT pula didatangkan dalam warna biru dan kemasan putih.
Kedua-dua motor Triumph America tersebut merupakan model cruiser yang menjanjikan keselesaan ketika menunggangnya.
Harga untuk America ialah AS$10,910 (RM45,800) dan Triumph LT berharga AS$11,685 (RM49,054) seunit.