Buletin

DACIA HIPSTER CONCEPT – HISPTER KE TIDAK MODEL KONSEP KOMPAK INI?

Kali ini giliran Dacia pula untuk menayangkan model konsep terbaharu mereka, Dacia Hipster yang akan menawarkan mobiliti elektrik sepenuhnya yang disesuaikan dengan keperluan harian dan pengguna disamping memberikan sedikit kesan bumi hijau terhadap alam.

Disebalik keghairahan dunia moden sebelum ini yang asik menghasilkan moden dan mahal, secara tradisinya Dacia sememangnya tidaklah begitu. Mereka asik dalam penghasilan model kenderaan yang lebih mampu milik. Kini Dacia mahu menghasilkan model mobiliti elektrik khusus untuk keluarga / penumpang tetapi dengan harga yang lebih terjangkau oleh rakyat.

Menurut Romain Gauvin, Ketua Reka Bentuk Termaju dan Reka Bentuk Luar di Dacia menerangkan: “Ini adalah projek paling bergaya Dacia yang pernah saya kerjakan. Ia mempunyai kesan masyarakat yang sama seperti Logan 20 tahun lalu, dan ia melibatkan mencipta sesuatu yang tidak wujud hari ini.”

Dan penghasilan model konsep Dacia Hipster ini dihasilkan selepas pasukan Dacia mengkaji keperluan sebenar pemandu dan penumpang dalam kehidupan sebenar serta perkara – perkara penting termasuklah ciri tangkas, praktikal dan menjimatkan.

Sudah tentu Dacia Hipster ini mampu memenuhi keperluan pengguna dengan dimensi 3 meter panjang, 1.53 meter tinggi dan 1.55 meter lebar, ia mempunyai empat tempat duduk yang sesuai dan but yang boleh dilaraskan daripada 70 hingga 500 liter.

Dan satu ciri penting adalah pengurangan berat kenderaan sehingga 20% berbanding model Dacia Spring yang pastinya akan membantu kenderaan ini bergerak dengan lebih lancar disamping lebih ekonomikal.

Bahagian dalaman model konsep Dacia Hipster telah dioptimumkan untuk menawarkan ruang yang luar biasa memandangkan dimensi luarannya yang kompak

Empat orang dewasa boleh duduk dengan selesa di dalam. Kedudukan tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan adalah sama dengan Dacia Sandero, memastikan keselesaan dan pemandangan jalan yang lebih selamat. Akses ke tempat duduk belakang dipermudahkan oleh pembukaan pintu lebar dan tempat duduk penumpang hadapan yang condong ke hadapan.

Apabila kerusi penumpang belakang dilipat, kapasiti ruang kargo boleh meningkat kepada sehingga 500 liter bersama dua penumpang di hadapan.

Satu lagi ciri menarik adalah ketersambungan diantara telefon pintar pemandu yang boleh diletakkan di atas dok dan akan terus berfungsi sebagai sistem navigasi serta paparan infohiburan yang turut disambung dengan pembesar suara Blueetooth mudah alih.

BACA : DACIA SANDRIDER – MUNGKINKAH INI PENCABAR BAHARU UNTUK RALI DAKAR

BACA : DACIA BIGSTER – SUV RUGGED BAHARU YANG LEBIH BESAR

Google ads

B K

Back to top button