
MAZDA CX60 – SUV TIRU MIATA. RAHSIA BUNYI ENJIN SEDAP
Kalau anda pernah memandu Mazda MX-5 Miata (ND), kau akan perasan satu benda yang buat kereta tu rasa hidup, iaitu karekter bunyi enjin dia. Bukan sekadar bunyi kuat, tapi ada karakter yang tersendiri. Macam setiap kali anda menekan pedal minyak, ada satu alunan “growl” yang datang dari depan, mengetuk gegendang telinga dan menghasilkan rasa connected dengan kereta.
Masalahnya, apabila Mazda menghasilkan SUV seperti CX-60, macam mana nak kekalkan rasa mekanikal dalam kereta yang berat, besar, dan lebih senyap? Jawapannya: Mazda meniru kereta sport Miata tapi dengan cara lebih halus.
1. Asal-usulnya dari Miata (ND) – Bunyi yang datang dari udara sebenar
Mazda Miata ND tidak menggunakan pembesar suara atau sound synthesizer untuk hasilkan bunyi enjin.
Sebaliknya, mereka mencipta satu sistem ringkas tapi bijak dikenali sebagai Induction Sound Enhancer (ISE) atau nama lain dia Intake Sound Tube.
Sistem ni cuma sebatang paip khas yang sambung dari intake manifold ke bahagian bawah dashboard. Di hujung paip tu, ada mekanisme diafragma, sejenis membran kecil yang bergetar bila tekanan udara intake berubah semasa RPM menjerit naik.

Getaran ni dihantar terus ke dalam kabin, bukan melalui speaker, tapi melalui udara sebenar yang bergerak dari enjin. Jadi apa yang kau dengar tu adalah bunyi tulen daripada enjin, bukan versi digital.
Hasilnya, apabila anda mencapai redline 6,000 rpm, bunyi dia bukan sekadar bising tapi ada “texture”. Macam dengar suara manusia yang ada tona, bukan robot.
Mazda memang obses dengan benda ini disebabkan falsafah “Jinba Ittai” mereka, iaitu pemandu menjadi satu dengan kereta. Ibarat memakai sarung tangan atau memakai kasut. Jadi bila pemandu dengar dan rasa enjin tu, reaksi dia pun lebih natural.
2. CX-60 – SUV yang nak rasa seperti roadster
Apabila Mazda membangunkan CX-60, ramai yang menyangka Mazda akan memberi fokus pada kesenyapan dan luxury feel semata-mata. Tapi dalam diam, jurutera Mazda tetap mengekalkan nilai Jinba Ittai tu dalam SUV besar ni.
Enjin 2.5 NA Skyactiv-G dalam CX-60 bukanlah unit berprestasi tinggi, tapi Mazda menala cara dia berbunyi. Dekat intake system, terdapat resonator chamber dan tuned air duct yang berfungsi sama seperti Miata dengan memantulkan gelombang tekanan udara supaya menghasilkan bunyi tertentu pada RPM tertentu.

Mazda sengaja tune resonator ni supaya pada RPM rendah (idle–2,000), enjin menjadi hampir senyap, supaya CX60 terasa seperti sebuah SUV mewah. Namun sebaik sahaja enjin menjerit dekat 3,000–5,000 rpm, enjin menghasilkan bunyi jadi lebih penuh, natural growl.
Bila anda menekan pedal minyak masa cruising dan gearbox masuk gear 7 atau 8, ada momen di mana enjin bagi respon bunyi “padat”, macam growl halus. Ia bukan kuat macam Miata, tapi cukup untuk berkomunikasi dengan telinga dan otak “aku masih pemandu, bukan sekadar penumpang dalam SUV automatik.”
Mazda sebenarnya memanggil konsep ini sebahagian dari Human Centric Sound Design — cara bunyi digunakan untuk tingkatkan driver engagement. Mereka analisis frekuensi yang paling sedap didengar dalam kabin (antara 400 Hz hingga 800 Hz) dan mengubah bentuk resonator serta bahan penebat untuk mengimbangkan antara senyap dan sporty.
3. Bezanya dengan “fake sound” dari jenama lain
Ramai pengeluar lain termasuk BMW, Lexus, dan VW menggunakan Active Sound Control (ASC), iaitu bunyi tiruan yang dihasilkan dari speaker. Mazda tidak suka konsep tersebut dan menganggap bunyi sebenar dari mekanikal jauh lebih penting dari bunyi digital.
Dalam Miata, bunyi tu raw dimana anda boleh merasa getaran dari pedal dan stereng. Dalam CX-60, bunyi tu sudah ditapis, tapi masih datang dari sistem fizikal, bukan speaker. Maknanya, apabila anda mendengar bunyi “growl” masa rev naik, tu memang hasil getaran udara intake sebenar yang ditala ikut panjang dan bentuk salurannya.
Mazda siap buat kajian khas tentang “positive engine feedback” iaitu bunyi yang membantu pemandu menjangkakan reaksi kereta dengan lebih tepat. Bila bunyi naik selari dengan tork, otak manusia lebih cepat beradaptasi. Jadi pengalaman pemanduan pun lebih lancar dan intuitif.
4. Bila bunyi jadi sebahagian dari identiti Mazda
Kalau kau perasan, semua Mazda moden dari CX-5 sehingga mode CX-60 wujud satu jenis “tone” yang sama bila enjin diperah pada RPM tinggi. Ini adalah hasil signature sound tuning Mazda yang mereka mula sejak era Skyactiv-G.
Untuk modelCX-60, Mazda memperhalusi bunyi tersebut dengan sistem penebat lebih tebal, tapi masih bagi sedikit ruang bunyi tu tembus ke dalam kabin. Hasilnya, CX-60 tidak sunyi macam Lexus NX, tapi juga tak bising macam SUV sport. Ia secukup rasauntuk bagi rasa “alive” tapi tetap elegan.
DNA Miata masih hidup dalam CX-60
Mazda tahu, tidak semua orang nak beli SUV yang senyap macam perpustakaan. Ada pemandu yang nak rasa connected, dan dengar sedikit denyutan enjin. Walaupun CX-60 nampak macam SUV keluarga, jantung dia masih ada sedikit jiwa Miata ND dengan bunyi yang datang dari sistem fizikal, bukan software.
Dan sebab itulah kenapa semasa anda menekan pedal minyak CX-60, anda rasa sesuatu yang hidup dan bukan bunyi palsu, tapi gema kecil dari falsafah “Jinba Ittai” yang Mazda bawa sejak lebih 30 tahun lalu



