BuletinModifikasi

DAIHATSU DRESS FORMATION UNTUK COPEN

Daihatsu baru-baru ini menawarkan pemilik kereta kompaknya, Copen di Jepun dengan panel badan yang boleh ditukar untuk mengubah suai penampilan kenderaan masing-masing.

Daihatsu-Copen-interchangeable-body-panel-mekanika (3)

Dikenali sebagai Dress-Formation, Daihatsu telah membangunkan dua rupa unik ke atas kereta sports kecil berkapasiti dua tempat duduk itu. Pelanggan boleh menempah keseluruhan badan baharu atau memilih fascia hadapan atau belakang sahaja.

Sebagai permulaan, ada penampilan Copen yang biasa kita tengok. Sementara pilihan panel badan kedua pula merangkumi beberapa alat ganti yang ditempah khas dan Nampak sangat berbeza.

Daihatsu-Copen-interchangeable-body-panel-mekanika (5)

Bahagian hadapan terdiri daripada satu set lampu utama yang telah dibentuk semula. Selain hud, bampar, panel dan panel yang direka semula dengan gril honeycomb mesh.

Bukan itu sahaja, bahagian hadapan turut dipasang dengan lampu kabus berbeza dan lower chin yang lebih agresif.

Daihatsu-Copen-interchangeable-body-panel-mekanika (1)

Bahagian belakang pula dihiasi oleh lampu belakang khas, pemantul, bampar dan lampu kabus yang telah direka semula.

Pelanggan boleh menempah semua alat ganti ini pada harga 317,000 yen (RM12,500) atau fascia hadapan dan belakang dengan harga 176,000 yen (RM7,000) setiap satu.

Daihatsu-Copen-interchangeable-body-panel-mekanika (4)

Tawaran penukaran panel badan ini bagaimanapun bukanlah benda baru, sebelum ini Smart penah menawarkan aksesori sama untuk model Smart ForTwo dan Smart ForFour yang dihasilkannya.

Google ads
Back to top button