Artikel PilihanMotosikal

SEJARAH LIVERY MOTOSIKAL : HONDA + KONICA MINOLTA

Baiklah, ini segmen baru yang kami cuba variasikan corak penulisan berdasarkan sejarah. Jika anda sering mengikuti perlumbaan motosikal dunia seperti Gran Prix, MotoGP dan WSBK. Kami akan imbau semula satu persatu skema yang pernah mewarnai dunia permotoran antarabangsa. Ada antaranya sudah dilupakan terus dalam dunia moden.

BACA-KOLOBORASI HARLEY DAN ADIWIRA MARVEL

BACA-MOTOSIKAL 2 LEJANG KINI DI PENGHUJUNG HAYAT

Kebanyakan skema corak ini terhasil dari replika motosikal perlumbaan yang sebenar. Satu ketika dahulu, syarikat rokok sangat agresif menjadi penaja monopoli dalam pelbagai bidang sukan termasuklah sukan motor. Namun apabila industri tersebut dilarang sama sekali terlibat dalam promosi terbuka, nama-nama seperti Honda-Rothman, Suzuki-Camel dan Yamaha-Lucky Strike tidak lagi dapat dilihat pada fairing motosikal lumba.

Tak lupa juga sukan bolasepak Malaysia yang sinonim dengan Dunhill.

honda konica minolta (5)

Sebelum kehadiran warna tema oren-hitam Repsol, Honda pernah menjalinkan kerjasama dengan Konica-Minolta. Di Mata saya, ia adalah tema paling cantik pernah digabungkan pada sebuah motosikal. Cuma pada waktu itu, kita tidak dapat lihat terjemahan warna-warna ini ke dalam motosikal produksi seperti Raider, EX5, NSR, Wave, Dash atau motosikal kecil yang lain.

Jadi bagaimanakah ia bermula?

Konica-Minolta adalah gabungan 2 buah syarikat Jepun Konica dan Minolta pada tahun 2003. Syarikat ini memiliki perniagaan teras dalam bidang imej seperti kamera, mesin fotokopi, mesin pencetak, lensa serta pembekal bahan kepada banyak pembuat produk Jepun yang lain.

team minolta

Pada 2005, Konica-Minolta bersetuju untuk menjadi penaja utama kepada pasukan Japan Italy Racing  (JIR) yang berpusat di Monte Carlo, Itali. Kerjasama JIR dijalin dengan Pengasas Honda Eropah, Tetsuo Iida yang memilih jentera Honda RC211V sebagai senjata mereka. Ini sama dengan era Proton dengan pasukan Proton KR5.

Pelumba kelahiran Jepun dipilih iaitu Makoto Tamada dan pada musim pertama, pasukan ini berjaya menduduki podium dengan kedudukan ke 3 pada Gran Prix Jepun. Bagaimanapun pada tahun 2006, nasib mereka kurang baik dengan pencapaian tertinggi di tempat ke 5 pada pusingan Portugal. Tempat keseluruhan ke 12 juga bukanlah sesuatu yang membanggakan.

Pada 2006, pasukan ini menggunakan khidmat pelumba muda Shinya Nakano dengan mesin baru Honda RC211V. Sekali lagi, di penghujung musim, mereka hanya mampu mencatatkan keputusan di tangga ke 17.

honda konica minolta (1)

Kenapa tema motosikal ini cantik dan kelihatan bersih walaupun tanpa menggunakan warna “tajam” dan striking? Mudah, kerana warna asasnya ialah putih dan hitam, sedikit garisan sisi biru, logo bulat minolta yang maha ringkas dan rim dilayang warna biru.

Adalah dipercayai Konica-Minolta adalah penaja eksklusif, atau dalam bahasa bukan perniagaannya, mereka melabur sejumlah wang yang besar. Dalam aspek penajaan, lebih banyak wang yang anda letak, lebih banyak sisi promosi yang anda dapat. Lebih superior, tak perlu berkongsi promosi dengan penaja lain.

Memandangkan ia adalah pasukan persendirian, JIR dan Konica-Minolta mampu kendiri tanpa perlukan penaja lain. Kerana itu juga Konica-Minolta boleh membuat rekabentuk berdasaran imej korporat mereka sendiri tanpa perlu bersepah-sepah dengan sponsor lain kat motor dah macam iklan pinjaman wang berlesen Ah long.

Sebab tu saya rasa kalau anda ada sebuah CBR, tak kisahlah F2 atau F3 sekalipun, tema ni memang cantik kalau dilayangkan dengan sentuhan custom. Ia satu contoh yang boleh jadi oustanding berbanding Repsol yang terlalu mainstream.

honda konica minolta (6)

Waktu era 2005-2008 ini juga, Honda pernah menghasilkan versi CBR 600RR Konica Minolta edisi khas di Jepun. Ia adalah versi replika MotoGP yang dijual di pasaran domestik akan tetapi sehingga ke hari ini saya tak pernah jumpa lagi model ni dalam dunia nyata.

Sesiapa ada jumpa, mohon kongsi bersama di  komen facebook kami.

Cuba tengok lama sikit, memang cantik kan? Kan?

Google ads
Back to top button