CYCLE & CARRIAGE MALAYSIA TAWAR DISKAUN EKSKLUSIF DAN MODEL TERKINI PEUGEOT DI SUNWAY GEO AVENUE
Cycle & Carriage Malaysia kini mengadakan pameran PEUGEOT selama sebulan di Sunway GEO Avenue bermula dari sekarang hingga 16 November 2024.
Dalam acara ini, peminat kereta berpeluang melihat dan mencuba rangkaian model terkini PEUGEOT, mencerminkan komitmen jenama ini terhadap inovasi dan prestasi.
Lebih menarik, terdapat promosi istimewa dengan diskaun sehingga RM42,000 bagi pembelian kenderaan PEUGEOT sepanjang pameran ini.
Pengunjung boleh meneroka pelbagai model seperti PEUGEOT 408 fastback crossover, PEUGEOT 5008 SUV 7 tempat duduk, SUV keluarga PEUGEOT 3008, dan Landtrek yang direka untuk peminat off-road.
Cycle & Carriage menawarkan diskaun istimewa untuk model PEUGEOT terpilih:
- Diskaun sehingga RM40,000 untuk PEUGEOT 3008
- Diskaun sehingga RM42,000 untuk PEUGEOT 5008
- Diskaun sehingga RM30,000 untuk Landtrek
Setiap pembelian datang dengan penyelenggaraan percuma selama lima tahun dan jaminan selama tujuh tahun untuk model 3008 dan 5008, manakala Landtrek dilindungi dengan jaminan lima tahun.
Di samping itu, pelanggan juga boleh menantikan pembukaan semula cawangan Cycle & Carriage di Batu Caves dan George Town, yang akan menawarkan perkhidmatan selepas jualan khas untuk pelanggan PEUGEOT serta pilihan automotif untuk pelbagai peringkat harga.
- BACA: MITSUBISHI PAMER SUV 7-TEMPAT DUDUK ‘DST CONCEPT’ DI FILIPINA – BAKAL LANCAR TAHUN 2025
- BACA: CHERY PERKENALKAN KONSEP PIKAP BAHARU, KP11 – BAKAL MASUK PASARAN TAHUN DEPAN
- BACA: DARI KECEDERAAN PARAH HINGGA HILANG JARI, PEKERJA DI KILANG RIVIAN ALAMI RISIKO KESELAMATAN YANG TINGGI
- BACA: YAMAHA TRACER 9 GT+ DINAIK TARAF BAGI 2025 – DENGAN Y-AMT, RADAR CRUISE CONTROL