Motosikal

DIDI RESOURCES KEKAL PENGEDAR RASMI HARLEY-DAVIDSON DI MALAYSIA

Harley-Davidson dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan Didi Resources kekal selaku pengedar rasmi jenama motosikal Amerika Syarikat itu bermula Januari 2024. 

Didi Resources akan meneruskan status selaku pengedar eksklusif motosikal Harley-Davidson termasuk menyediakn servis selepas jualan menerusi rangkaian pengedar seluruh negara. 

Dalam pada itu, Didi Resources juga akan kekal sebagai pengedar bukan eksklusif bagi barangan dan aksesori Harley-Davidson. 

“Kami berharap kerjasama ini akan terus mengukuhkan komuniti Harley-Davidson di Malaysia. Kami berbesar hati dapat meneruskan tanggungjawab ini di samping mengukuhkan lagi program pembangunan yang selaras dengan Harley-Davidson,” jelas Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo . 

Google ads
Back to top button