Buletin

DODGE HORNET – SUV KOMPAK WARISI DNA DODGE (IYALAH TU KAN)

Pengeluar dari Amerika yang cukup terkenal dengan kereta muscle, Dodge telah memperkenalkan model SUV kompak terbaharu dalam pasaran Dodge Hornet. Dikatakan ianya adalah SUV kompak dan paling berkuasa bagi segmen harga di bawah $30,000 (RM141,739).

SUV kompak Dodge Hornet ini sebetulnya berkongsi pelantar yang sama dengan model Alfa Romeo Tonale, akan tetapi dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan model keluaran Alfa Romeo itu. Walau pun berkongsi pelantar yang sama, akan tetapi Jurutera dari Dodge berjaya mengaplikasikan DNA pengeluar dari Amerika Syarikat itu. Jelas dapat dilihat DNA Dogde yang diaplikasikan pada bonet dan juga fascia hadapan.

Sebetulnya Dodge Hornet ini bakal ditawarkan dengan pilihan varian R/T dan juga GT. Varian R/T ini merupakan sebuah model plug-in hibrid dengan kuasa maksimum 285 HP dan 518 Nm. Pek bateri dengan kuasa 90 kW yang turut digandingkan dengan padanan enjin 1.3 liter turbo berupaya memecut 0 – 100 km/j dengan catatan masa 6.1 saat sahaja. Varian R/T ini sebenarnya 13 HP lebih berkuasa berbanding model PHEV Alfa Romeo Tonale. Varian R/T ini turut menampilkan ciri PowerShot yang mana menawarkan kuasa tambahan serta merta sehingga 25 HP yang boleh digunakan sewaktu ingin memecut.

Varian GT pula menggunapakai pilihan trenkuasa 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 265 HP.

Ruangan kabin pula menampilkan ciri gabungan sporty dan elegan, setanding namanya SUV kompak milik Dodge. Skrin sesentuh bersaiz 10.25 inci akan berfungsi sebagai sistem infohiburan dengan pelbagai fungsi moden masa kini dan juga paparan meter kluster bersaiz 12.3 inci untuk memberikan maklumat penting kenderaan kepada pemandu. Tempat duduk juga turut dibalut dengan Alcantara dan turut disulami dengan logo Dodge. Dodge turut menyatakan bahawa ruangan kabin hadapan lebih berorientasikan pemandu.

Harga yang mungkin ditawarkan buat masa ini khabarnya akan dijual pada harga $29,995 (RM141,715) sahaja. Kira murahlah kan untuk julat harga di sana. Macam boleh beli. Reka bentuk pun cantik dan menarik. Spesifikasi pun orait. Jenama Dodge lagi.

Tahukah bahawa model Dodge Hornet ini bakal dipasang melalui kilang yang sama seperti model Alfa Romeo Tonale di Naples, Itali. Sudahlah guna pelantar yang sama, kilang pemasangan pun guna kawan tu punya. Sekali model yang ini lebih berkuasa dan lebih murah pula tu daripada Alfa Romeo Tonale. Macam manalah kawan tu tak sakit hati?

BACA : DODGE CHARGER DAYTONA SRT CONCEPT – KELAHIRAN MUSCLE CAR DALAM ERA EV

BACA : DODGE HORNET LEBIH MURAH DARI TONALE, ALFA ROMEO TAK PUAS HATI

Google ads

B K

Back to top button