Buletin

DOKTOR SOMBONG DIDAKWA DI MAHKAMAH

Masih ingat dengan video seorang doktor di Pulau Pinang yang mempertikai tugas pihak berkuasa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan beberapa hari lepas?

Ya. individu tersebut yang merupakan pakar jantung Dr Ong Hean Teik diheret ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang dan telah berdepan dengan dua pertuduhan.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Dr Ong dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Seksyen 186 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala Peraturan 3 (1) pula memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Video bantahan Dr Ong semasa ditahan baru-baru ini tular di laman sosial.

https://www.facebook.com/100000070390440/videos/3296265573719090/

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dan menetapkan 9 Jun untuk pendengaran kes.

Mahkamah turut mengarahkan doktor berusia 60 tahun itu menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri ke balai polis setiap bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Dr Ong keluar berjoging seorang diri di sebuah taman rekreasi dan berhujah dengan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bahawa tindakannya itu tidak salah dan semata-mata demi kesihatannya.

KREDIT: MALAYSIAKINI

Google ads
Back to top button