
SUZUKI BINA KILANG BAHARU DI MYANMAR. KAPASITI PRODUKSI 40,000 UNIT SETAHUN
Suzuki mengumumkan bahawa ia akan membina sebuah kilang baharu di Myanmar. Kilang itu memiliki kemudahan pateri, cat dan pemasangan kenderaan empat roda.
Ini membolehkan Suzuki untuk memasang kenderaan dalam bentuk semi-knocked down (CKD) menggunakan jenama Suzuki Thilawa Motor Co. Ltd. Berkeluasan 42,000 meter persegi, kilang itu melibatkan pelaburan berjumlah 12 bilion yen.
Buat masa sekarang, Suzuki sudah mempunyai dua kilang di Myanmar yang menghasilkan empat model iaitu Carry, Ciaz, Ertiga dan Swift.
Kilang baru itu terletak di kawasan industri di Zon Ekonomi Khas Thilawa, tenggara Yangon. Kapasiti tahunan adalah sekitar 40,000 unit kenderaan.
Diajdual beroperasi pada September 2021, kilang baharu itu akan mengukuhkan lagi penguasaan pasaran jenama Suzuki di Myanmar. Sejak memasuki pasaran pada tahun 1998 melalui kerjasama dengan kerajaan, Suzuki mula memasang motosikal dan kereta setahun kemudian.
Tahun lalu, Suzuki menguasai 60.3 peratus pasaran kenderaan baharu di Myanmar dengan jualan 13,206 unit.
- BACA: SUZUKI SWIFT SPORT 2020. MILD-HYBRID, KURANG 10HP, TRANSMISI MANUAL & LEBIH JIMAT
- BACA: TOYOTA AKAN TIRU CARA SUZUKI HASILKAN MODEL KOS RENDAH DI INDIA
- BACA: SUZUKI LANCAR CARRY LUXURY DI INDONESIA. APA YANG MEWAHNYA TRAK PIKAP KECIL NI?
- BACA: NAZA BAWA SUZUKI KEMBALI KE MALAYSIA. KITA BOLEH BELI SWIFT, JIMNY DAN VITARA!