Buletin

PKP LEBIH KETAT MULAI RABU. SEMUA AKTIVITI MALAM TAK DIBENARKAN

Bermula Rabu, kerajaan tidak membenarkan kenderaan persendirian membawa penumpang kecuali dalam hal kecemasan. Ia diumukan hari ini sebagai langkah mengetatkan lagi perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 April nanti.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, semua kenderaan, termasuk kenderaan e-hailing tidak dibenarkan berada di atas jalanraya bermula jam 10 malam.

Dalam satu sidang media hari ini beliau memberitahu, pasaraya besar, kedai runcit dan stesen minyak hanya dibenarkan beropeasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Semua pusat keagamaan termasuk masjid, gereja dan kuil kekal ditutup dalam tempoh ini.

Sehingga smalam, polis telah menahan 828 individu dalam sekatan jalanraya kerana melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Polis bersama dengan angkatan tentera telah membuat 1,520 sekatan jalanraya dan memeriksa sebanyak 257,287 kenderaan, tambah beliau.

Antara intipati sekatan yang akan bermula Rabu ini ialah;

  • Semua restoran dan kedai makan hanya boleh beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
  • Perkhidmatan penghantaran makanan hanya boleh beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
  • Pengangkutan awam kekal beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan dari 5 petang hingga 10 malam sahaja.
  • Kenderaan komersial dan keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan hanya boleh beroperasi pada jam 7 malam hingga 7 pagi sahaja.
Google ads
Back to top button