,
Peranti

DRONE DJI MAVIC MINI. RM1,599 SEUNIT. RAKAM VIDEO KERETA PUN CUN JUGA NI!

Pengedar rasmi produk DJI, VSTECS Astar baru-baru ini memperkenalkan produk terbaharunya, DJI Mavic Mini ke pasaran tempatan. 

Drone yang hanya seberat 249 gram itu direka sebagai sebuah flycam harian. Jadi, ia cukup kompak, senang diterbangkan, selamat dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Walaupun kecil, Mavic Mini dilengkapi kamera berkualiti untuk merakam video dan foto berdefinisi tinggi. Lebih spesifik lagi, kamera 12MP itu mampu merakam video dengan resolusi 2.7K, 30 FPS serta resolusi Full HD sehingga 60 FPS. 

Bagi memenuhi keperluan pengguna, DJI Mavic Mini yang dikuasakan oleh bateri berkuasa 2,600mAh itu mampu terbang selama 30 minit.

Ini merupakan tempoh yang mengagumkan untuk sebuah drone sekecil ini. Apatah lagi ia boleh terbang dan dikawal sejauh 4km tanpa sebarang masalah. 

Sama seperti drone keluaran DJI yang lain, produk itu dilengkapi teknologi keselamatan. Ini termasuklah ciri geofencing yang membantu pengguna daripada masuk ke kawasan tidak dibenarkan, identifikasi kawalan jauh AeroScope dan had altitud binaan dalam. 

Mavic Mini juga akan kembali ke launch point sekitanya ia hilang sambungan dengan peranti kawalan atau tahap baterinya semakin rendah. 

Ditawarkan pada harga RM1,599 seunit, peranti ini sudah boleh ditempah dengan penjual VSTECS dan DJI yang sah di seluruh negara.

Sementara Mavic Mini Fly More Combo yang merangkumi komponen-komponen seperti 360° Propeller Cage, hab pengecaj dua hala, dua bateri tambahan, tiga set propeller dan bekas pula berharga RM1,999. 

Penghantaran pertama kepada pelanggan di Malaysia akan bermula pada pertengahan November 2019. Aksesori seperti charging base, kit kreatif DIY, snap adapter, pemegang propeller dan banyak lagi boleh ditempah pada hujung bulan ini. 

GALERI:

Tags
Google ads
Back to top button