
DS N°8 – KERETA ELEKTRIK YANG LEBIH BESAR DAN LEBIH JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 755 KM
Pengeluar kenderaan khusus untuk segmen premium, DS Automobiles yang juga merupakan sub – jenama untuk Citroen yang mahu mendapat tempat untuk segmen kereta elektrik premiun dengan pengenalan model terbaharu DS N°8
Selepas penghasilan model DS 3, DS 4, DS 7 dan DS 9, model DS N°8 ini menandakan permulaan era baharu dengan reka bentuk pertama yang dihasilkan untuk model elektrik sepenuhnya. Dan model DS N°8 ini kelak akan menjadi model flagship, seiring dengan penampilan luarannya yang nampak cukup gah dengan penampilan gabungan diantara Sedan dan juga Crossover / SUV.

Dari segi perkadaran saiz, ianya seperti sebuah model Sedan tetapi penampilan hadapan sedikit tinggi dan menegak membuatkan ianya persis seperti SUV yang turut dibantu dengan penggunaan tayar bersaiz 21 inci. Apatah lagi penampilan body cladding yang nipis itu suatu cubaan mengelirukan yang agak berjaya menipu mata.
Dengan panjang sehingga 4.82 meter, ianya mempunyai saiz yang agak serupa dengan model premium Sedan seperti Mercedes C-Class tetapi mempunyai perbezaan yang agak tinggi berbanding model Sedan premium dari Jerman itu.
Cuma rekaan bahagian belakang telah dipotong bagi mendapatkan rekaan aerodinamik yang lebih baik dengan kadar pekali seretan hanya 0.24 sahaja.

Bahagian hadapan DS N°8 menampilkan rekaan tanda pengenalan cahaya lampu LED yang canggih dan menarik. Juga terdapat sepasang lampu LED yang menusuk ke bawah. Pada gril terdapat pencahayaan daripada siri garisan menegak yang mengelilingi logo DS di bahagian tengah.
Bahagian kabin menampilkan tempat duduk yang dibalut dengan kulit Nappa serta terdapat beberapa rekaan corak dibahagian tempat duduk yang turut dilengkapi dengan fungsi mengurut dan pengudaraan kepada penumpang. Keselesaan penumpang ditingkatkan lagi dengan beberapa ciri dengan ruang kelegaan lutut yang lebih luas serta sandaran tempat duduk yang condong sehingga 30%.

Konsol tengah menampikan paparan sistem infohiburan bersaiz agak besar 16 inci yang kini didatangkan dengan fungsi DS IRIS SYSTEM 2.0 melalui pengawalan pengecaman pertuturan. Paparan kluster meter digital pula bersaiz 10.3 inci berada di bahagian hadapan stereng yang berbentuk X.
DS N°8 ini menawarkan tiga pilihan trenkuasa meliputi bateri 74 kWh dengan kuasa 230 HP serta keupayaan jarak 575 km, serta bateri 97.2 kWj dengan kuasa 260 HP dan jarak perbatuan 755 km. Manakala satu lagi ditawarkan dengan motor elektrik berkembar dengan kuasa 350 HP tetapi jarak perjalanan hanyalah 685 km.
Kadar pengecasan 160 kW untuk model ini daripada 20% ke 80% hanyalah dalam tempoh 27 minit untuk pengecasan pantas. Kadar pecutan dari angka kosong ke 100 km/j dalam tempoh 5.4 saat.
BACA : DS SM TRIBUTE CONCEPT – MENGIMBAU KENANGAN CITROEN SM
BACA : hCITROEN DS3 -RM117,888