Buletin

CUBA BUKA PINTU PESAWAT. WANITA KENA IKAT GUNA PITA PELEKAT

Seorang penumpang wanita terpaksa diikat dengan pita pelekat sepanjang penerbangan selepas dia didakwa cuba membuka pintu pesawat.

Video dimuat naik dalam apliksi TikTok oleh salah seorang penumpang penerbangan memaparkan wanita terbabit duduk di atas kerusi sambil badan serta tangannya diikat dengan pita pelekat.

Kejadian tersebut berlaku ketika pesawat American Airlines dalam penerbangan dari Dallas ke Charlotte, baru-baru ini.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan, wanita berkenaan cuba membuka pintu depan pesawat dan menyerang kru kabin.

Melslui rakaman video, kru kabin bergegas ke arah wanita tersebut dan cuba menenangkannya sebelum dia terpaksa diikat.

Arienna Mathena yang merakam video itu, berkata, mereka terdengar suara wanita menjerit namun tidak dapat dipastikan apa yang berlaku kerana kru kabin cuba menenangkan keadaan.

Kemudian, mereka dimaklumkan seorang penumpang wanita di kelas pertama cuba membuka pintu pesawat dan menyerang kru.

Sehubungan itu, wanita tersebut terpaksa diikat sehingga pesawat mendarat dan dia menerima rawatan perubatan. –Utusan

Google ads
Back to top button