Motosikal

DUCATI 1299 PANIGALE S ANNIVERSARIO – 500 UNIT SAHAJA

Ducati menyambut ulangtahunnya yang ke 90 pada tahun ini dengan kehadiran model edisi khas yang dikenali dengan nama 1299 Panigale S Anniversario.

1299-Panigale-S-Anniversario-41

Duta mereka, Casey Stoner telah melancarkan motosikal ini sempena World Ducati Week di Misano di hadapan beribu-ribu peminat Ducati yang hadir. Model ini menggunakan platform 1299 S dengan kemasan istimewa.

Ia didatangkan dengan garis warna terkenal putih-merah-hitam dengan roda bernada emas. Bahagian atas kepala bar hendal diikat dengan trio pengapit dan lapik kepala hendal dilaras dengan aluminum CNC untuk mendapatkan titik geometri yang sama dengan Panigale R.

1299-Panigale-S-Anniversario-07

Penghadang tumit, mudguard belakang dan perumah penyeraphentak belakang diperbuat dari bahan gentian karbon, sekaligus mengurangkan 2.5 kilogram berat keseluruhan. Menambah kuasa (dan juga estetik kosmetik) ialah set lengkap saluran ekzos dari Akrapovic.

1299-Panigale-S-Anniversario-47

Kalau dah nama Ducati, tak sah kalau tak ada gajet elektronik yang sofistikated. Model Edisi Khas ini dilengkapi Bosch Cornering ABS, Öhlins Smart EC, Suspensi Elektronik Ducati serta versi terkini EVO Kawalan Wheelie Ducati dan Kawalan Traksi Ducati.

1299-Panigale-S-Anniversario-50

Ducati 1299 Panigale S Anniversario mula dipasarkan awal bulan ini dan dengan hanya 500 unit dihasilkan, tidak mustahil harganya akan melambung tinggi di pasaran terpakai nanti. Barang koleksi lah katakan – macam Yamaha RXZ NOS dan juga Shoei Jack merah.

 

Google ads
Back to top button