Buletin

TOYOTA SUPRA, 400HP 440NM 4WD – HAI NISSAN GTR APA KHABAR?

Toyota menerusi model konsep FT-1 jadi fenomena bila didedahkan buat pertama kalinya di Pameran Autoshow Amerika Utara pada 2014. Sejak dari itu banyak gosip diperkatakan sehinggalah Toyota menjalinkan kerjasama dengan BMW untuk menjadikannya model perkongsian produksi. Toyota akan membuat Supra – kereta sport rakyat sementara BMW akan membuat flagship mereka- Z4.

Supra (1)

Apa yang masih belum jelas adalah jenis enjin yang akan digunakan. Kita semua tahu, kalau Supra-kereta-sports-murah mestilah menggunakan enjin ringkas macam 2JZ. 6 selinder sebaris dan turbo berkembar. Tapi apa yang dibongkarkan oleh sumber majalah Mag-X di Jepun ialah – Supra ini akan dibangunkan dengan enjin V6 twin turbo!

Supra (2)

Menurut sumber, enjin yang dikenali dengan 943F ini mampu menghasilkan 400 kuasa kuda dan 440Nm tork. Ya. Ia jauh lebih berkuasa dari Supra JZA80 dulu, tetapi diingatkan, teknologi sekarang memang jauh ke hadapan. A45 AMG tu pun 350hp enjin 2 liter 4 selinder je kot?

Supra (3)

Sebelum ini, tersebar rumours Supra ini akan menggunakan enjin hybrid yang digandingkan dengan enjin 6 slinder sebaris BMW. Tapi bosan gila lah dengar hybrid ni kan?

Supra (5)

Jadi di mana posisi Supra? Jelas, Toyota letakkan Supra bakal bersaing dengan Nissan GTR. Sama seperti sejarah Skyline dari RB26 inline kepada VQ38 V6, Supra berubah dari 2JZ-GTE kepada 943F V6. Risikan juga memberi indikasi ia akan dipasangkan dengan pacuan 4WD. Prototaip produksi penuh dijangka akan muncul pada 2018.

Supra (4)

Apa yang kita nak?

Kalau boleh, buatlah PILIHAN spesifikasi rendah. Misalnya, enjin 6 selinder sebaris atau V6 berkapasiti kecil dengan turbo bukan sequential 280HP dah cukup. Jangan lupa transmisi manual dan pacuan belakang. Sama macam siri R34 ada pilihan Neo GTS. Boleh lah orang yang tak berapa nak kaya ni beli.

Hail SUPRA!!!!

Google ads
Back to top button