Buletin

DUCATI MULTISTRADA V4 RS DILANCARKAN – TAMPIL EKSKLUSIF, HAMBUR KUASA 180HP

Ducati baru-baru ini secara rasmi melancarkan Ducati Multistrada V4 RS edisi terhad, Multistrada paling sporty, paling canggih dan eksklusif yang pernah dihasilkan.

Menurut Ducati, Ducati Multistrada V4 RS hadir lebih elegan dan dinamik, dengan gabungan teknologi serta perincian lebih mantap.

Kebanyakan model Multistrada dilengkapi rim hadapan 19-inci untuk menavigasi permukaan beralun dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, RS mengambil inspirasi daripada model Pikes Peak, menggunakan rim hadapan bersaiz 17-inci untuk pengendalian jalan yang lebih baik, manakala tayar pula datangnya dari Pirelli Diablo Rosso IV Corsas.

Selain itu, Ducati Multistrada V4 RS turut dilengkapi suspensi Öhlins Smart EC 2.0 dengan talaan elektronik bagi mencapai kawalan fork serta monoshock yang lebih tepat dan boleh diselaraskan mengikut mod Race, Sport, Touring dan Urban.

Perincian lain termasuklah disertakan bersama kaliper monoblok berkembar Brembo Stylema, ciri ‘cornering ABS’, sementara tempat letak kaki diubah menjadi lebih tinggi, manakala handlebar pula diletakkan lebih rendah berbanding jentera Multistrada yang lain.

Beralih kepada kuasa, Ducati Multistrada V4 RS edisi terhad ini dijana oleh enjin Desmosedici Stradale 1,103cc, sama seperti Panigale dan Streetfighter V4.

Nadi berkenaan berupaya menghasilkan 180hp pada 12,250rpm dan 118Nm pada 9,500rpm.

Untuk rekod, Multistrada V4 RS turut menggunakan Desmodromic valve selain, dimuatkan dengan ciri dry clutch.

GALERI:

Google ads
Back to top button