Buletin

SELAMBA TIRU DUCATI, PENGELUAR CHINA DEDAH JENTERA DUCASU DK400

Tiada siapa boleh menyangkal bahawa China sememangnya pakar dalam meniru dan baru-baru ini, jenama milik Shanghai Jianshe Motorcycle Technology Co.Ltd tanpa segan-silu mendedahkan model Ducasu DK400.

Ya, anda tidak salah ketika membaca jenama Ducasu dan benar ia meniru nama Ducati, bahkan logonya juga seakan Ducati.

Ducasu DK400 adalah hasil daripada ‘copy & paste’ dari model Ducati SuperSport 950. Ducasu DK400 bagaimanapun tidak didatangkan bersama elektronik canggih seperti IMU enam paksi, ABS serta wheelie control.

Ducasu DK400 dipacu oleh nadi kembar selari 400cc, berupaya menghasilkan 25bhp, kurang daripada suku bagi jentera SuperSport.

Untuk harga pula, Ducasu DK400 dijual dengan tanda harga AS$2,742 (RM12,903). Sebagai perbandingan, Ducati SuperSport 950 boleh dimiliki pada harga bermula AS$19,248 (RM90,609).

Walaupun Ducasu begitu murah untuk didapatkan, namun dari segi keselamatan serta kebolehan jentera tersebut, anda mungkin berfikir seribu kali sebelum membelinya.

Google ads
Back to top button