Buletin

SUZUKI BAKAL PRODUKSI MODEL KONSEP eVX

Suzuki bersedia untuk memproduksi model konsep eVX yang bakal diperkenalkan di Japan Mobility 2023.

Pereka model konsep berkenaan, Theottle, menawarkan visinya untuk versi pengeluaran yang dijadual muncul di pasaran menjelang 2025.

Walaupun sekadar khabar angin, versi pengeluaran model itu nanti menggabungkan beberapa elemen lebih kemas termasuk, dipadankan bersama lampu hadapan lebih tirus, reka bentuk bampar baharu serta penampilan lebih konvensional berbanding versi konsep.

Perubahan lain termasuk rim aloi yang diambil daripada katalog semasa Suzuki, penutup cermin  lebih besar, dan penambahan rel bumbung.

Theottle juga mengekalkan aksen gaya aluminium pada bahagian bawah badan. Menariknya, perubahan dibuat adalah berdasarkan foto Skoda Kushaq yang tidak berkaitan sama sekali, walaupun semua panel badan datang dari konsep Suzuki eVX.

Menurut Suzuki, konsep eVX berukuran 4,300mm (panjang), 1,800 mm (lebar) dan 1,600mm (tinggi).

Ini bermakna model pengeluaran mungkin akan mempunyai saiz sama SX4 S-Cross, atau lebih panjang sedikit berbanding Vitara.

eVX bakal memainkan peranan sangat penting untuk Suzuki kerana ia  menjadi model elektrik bateri global pertamanya apabila diproduksi kelak.

Menerusi pek bateri 60 kWj dan sistem 4×4 dikawal secara elektronik, Suzuki percaya bahawa ia berupaya menawarkan jarak gerak sejauh 500km.

Google ads
Back to top button