
DUCATI DIAVEL V4 RASMI DILANCARKAN, JANA 168HP, HARGA BERMULA RM178K
Ducati Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Diavel V4 serba baharu untuk pasaran tempatan selepas diperkenalkan pada tahun lalu.
Diavel V4 serba baharu boleh dimiliki pada harga RM178,900 untuk warna Ducati Red manakala warna Thrilling Black diberi tanda harga RM181,900.

Dari segi gaya, ia tiba dengan penggayaan baharu di mana bahagian belakang diserlahkan melalui ekzos-quad, lampu belakang corak honeycomb termasuk dipadankan bersama lampu penunjuk arah jenis dinamik.
Selain itu, jentera ini dipadankan dengan suspensi 145mm, 15mm lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Selain skrin paparan TFT, Ducati Diavel V4 juga dilengkapi wheelie control, launch control, quickshifter serta cruise control.
Perincian menarik lain termasuklah menggunakan kerangka ‘monocoque’ jenis aluminium ringan, sekaligus menjadikan jentera ini 13kg lebih ringan.
Beralih kepada kuasa, Ducati Diavel V4 dijana oleh V4 Granturismo 1,158cc, menghasilkan 168hp pada 10,750rpm dan tork 128Nm pada 7,750rpm.
GALERI:















- BACA: DUCATI PERKENALKAN MULTISTRADA V4 S GRAND TOUR 2024 – TAMPIL ELEGAN, JANA 170HP
- BACA: DUCATI SCRAMBLER 2023 RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, 73HP, HARGA BERMULA RM62K
- BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 DENGAN SET EKZOS AKRAPROVIC, JIMAT 5.5KG!
- BACA: DUCATI DESERTX 2023 KINI DENGAN LIVERI RR22 BAHARU, CIRI TEKNIKAL MASIH SAMA, HARGA BERMULA RM115K