DUCATI STREETFIGHTER V4 LEBIH KUASA, JANA 208HP, HARGA BERMULA RM141K
Keterujaan peminat Ducati di Malaysia tidak hanya terhenti pada jentera Diavel V4 dan Panigale V4 SP2.
Ducati Malaysia hari ini turut memperkenalkan Ducati Streetfighter V4 iaitu jentera ‘hypernaked’ yang cukup berkuasa.
Evolusi jentera ini tidak hanya pada janaan kuasa lebih mantap tetapi juga didatangkan bersama pakej teknologi terkini serta penggunaan komponen yang lebih teknikal dan ringan.
Menerusi rim karbon baharu, berat jentera ini adalah 3kg lebih ringan berbanding V4 S.
Selain itu, ia juga dilengkapi sistem Öhlins Smart EC 2.0, skrin TFT bersaiz 5-inci dan mempunyai empat mod tunggangan iaitu Full, High, Medium, Low.
Beralih kepada kuasa, Ducati Streetfighter V4 dikuasakan oleh enjin Desmosedici Stradale 1,103cc, berupaya menghamburkan kuasa pada 208hp pada 13,000rpm dan tork 123Nm pada 9,500rpm.
Untuk harga pula, Ducati Streetfighter V4 boleh dimiliki pada harga bermula RM141,900.
GALERI:
- BACA: DUCATI PANIGALE V4 SP2 TIBA DI MALAYSIA – JANA 215.5HP, HARGA BERMULA RM299K
- BACA: DUCATI DIAVEL V4 RASMI DILANCARKAN, JANA 168HP, HARGA BERMULA RM178K
- BACA: DUCATI PERKENALKAN MULTISTRADA V4 S GRAND TOUR 2024 – TAMPIL ELEGAN, JANA 170HP
- BACA: DUCATI SCRAMBLER 2023 RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, 73HP, HARGA BERMULA RM62K