Buletin

DUCATI PANIGALE V4 SP2 TIBA DI MALAYSIA – JANA 215.5HP, HARGA BERMULA RM299K

Selain Ducati Diavel V4, Ducati Malaysia turut merasmikan jentera Panigale V4 SP2 yang direka untuk tunggangan trek.

Menurut Ducati, jentera ini menawarkan pengalaman tunggangan intuitif dan sesuai ditunggang oleh semua peringkat kemahiran.

Panigale V4 SP2 didatangkan dengan liveri “Winter Test” di mana ia menggabungkan aksen hitam matte, kemasan gentian karbon serta edisi bernombor pada handle bar aluminium.

Perincian lain termasuklah dilengkapi fork Öhlins NPX25/30 yang dikawal secara elektronik dan TTX36 dengan Öhlins Smart EC 2.0 untuk pengendalian serta kestabilan lebih baik.

Jentera ini diserlahkan lagi melalui rim magnesium Marchesini dengan gangsa dan tangki minyak jenis aluminium.

Dari segi kuasa, jentera ini dipacu oleh enjin Desmosedici Stradale V4 1,103cc, menghasilkan 215.5hp pada 13,000rpm dan tork 123.6Nm pada 9,500rpm.

Ducati Panigale V4 SP2 boleh dimiliki pada tanda harga bermula RM299,900.00.

GALERI:

Google ads
Back to top button