Motosikal

DUCATI PANGGIL SEMULA MODEL SUPERSPORT KERANA RISIKO TERBAKAR

Ducati baru-baru ini memanggil semula model Supersport dan Supersports S di pasaran Amerika Syarikat kerana berisiko terbakar.

Sebanyak 1,462 unit terlibat dalam proses panggilan semula itu.

Menurut Ducati, langkah itu diambil kerana sejumlah model tahun 2017 dan 2018 itu mempunyai hos kotak udara dan tangki bahan api yang dipasang terlalu dekat dengan manifold ekzos. Tugas untuk mengalihkan hos itu hanya mengambil masa sekitar 30 minit.

BACA: DUCATI PANIGALE V4 TERBAKAR, APA KES NI? 

Ia boleh menyebabkan hos tersebut cair dan jika ia mengandungi bahan api, maka risiko terbakar adalah cukup tinggi. Setakat ini, tiga kes kebakaran Supersport telah dilaporkan dengan salah satunya berlaku di AS.

Sebelum ini, Ducati telah memanggil semula model Panigale V4 kerana masalah yang sama.

Google ads
Back to top button