Buletin

ENJIN DAN TRANSMISI BAHARU UNTUK MODEL AC COBRA GT & AC COBRA GT COUPE

AC Cars telah mengumumkan penambahbaikan berikutnya dalam pembangunan model AC Cobra GT Roadster dan GT Coupe, dengan berita tentang pilihan enjin serba baharu yang akan menjadi daya penarik baharu untuk mode kereta sport yang sensasi.

Untuk rekod, AC Cars ini adalah pengeluar kereta sport indie yang berpangkalan dari Britain semenjak dari tahun 1901 lagi.

Menyertai model V8 NA dan juga Supercharged yang telah dibangunkan terlebih dahulu, enjin 2.0 liter berprestasi tinggi baharu akan diumumkan secara rasmi tahun depan untuk kedua-dua model AC Cobra GT Roadster dan GT Coupe bermula 2026 dan seterusnya.

Masih lagi mengekalkan casis aluminium unik yang sama, rangka badan gentian karbon dan bahagian dalam yang tersendiri seperti kereta sedia ada, model baharu itu akan menampilkan semua ciri pembuatan kereta yang masih lagi aktif tertua di Britain.

Bagi memastikan kereta sport ini masih lagi mengekalkan identiti warisannya, enjin baharu kelak juga akan berorientasikan prestasi. Bekerja bersama-sama dengan peneraju global dalam penyelesaian penjana kuasa hibrid dan pembakaran dalaman, AC Cars akan membangunkan enjin baharu agar sesuai dengan ciri dan potensi yang diberikan untuk platform GT mereka.

Unit baharu ini akan dijalankan dalam dua keadaan berbeza untuk ditala, bergantung pada model kereta. Lebih ringan daripada model V8, kereta baharu itu juga akan mendapat manfaat daripada pengenalan penjimatan berat tambahan dengan penggunaan lebih gentian karbon untuk elemen casis yang berkaitan. Spesifikasi penuh untuk setiap enjin dan output kuasa pengeluaran akan diumumkan pada musim bunga 2025 tetapi output kuasa dijangka mampu mencecah sehingga 390 HP.

Sebagai tambahan kepada pengenalan enjin baharu ini, AC Cars juga mengumumkan tentang pengenalan transmisi dual – clutch baharu yang pastinya akan melengkapi antara satu sama lain dengan enjin baharu tersebut. Transmini ini juga akan didatangkan bersama pilihan kotak gear manual enam kelajuan

Walau pun tiada pengumuman rasmi mengenai harga untuk kedua model AC Cobra GT Roadster and GT Coupe, adalah dijangkakan harganya dijangka bermula pada £235,000 (RM1,317,460).

BACA : BENTLEY CONTINENTAL GT DAN GTC S, INILAH COUPÉ MEWAH YANG SEGAK!

BACA : ROCKY AUTO TOYOTA 2000GT – TAHUKAH ANDA BAHAWA MODEL INI SEBENARNYA TURUT PERNAH BERLAKON DALAM FILEM JAMES BOND?

Google ads

B K

Back to top button