Artikel Pilihan

ENJIN MITSUBISHI TRITON 4N16 – LAGI POWER, BERSIH DAN JIMAT

Mitsubishi Triton 2024 bagi pasaran Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi, tampil dengan pelbagai pembaharuan daripada rekaan luar, dalaman, cesi dan juga enjin yang serba baru. Enjin turbodiesel serba baru dikenali dengan kod 4N16 ini akan menggantikan enjin sedia ada 4N15

Dari segi saiz, sesaran saiz enjin adalah sama iaitu sekitar 2442cc dengan susunan 4 silinder sebaris. Namun dari segi binaan, hampir semua komponen utama seperti blok dan kepala silinder dihasilkan daripada aluminium. Keadaan ini membenarkan enjin 4N16 adalah lebih ringan sekitar 30-40kg.

Dengan bantuan sistem turbo 2 peringkat Variable Geometry Turbo (twin turbo) dan juga sistem intercooler serba baru, enjin ini menjana sehingga 204 PS dan 470Nm tork dari 1500-2750 RPM. Kuasa yang dihasilkan adalah jauh lebih baik berbanding dengan enjin Triton lama yang menggunakan enjin 4N15 dengan janaan kuasa 180PS dan 430Nm tork.

Pada masa yang sama enjin serba baru ini juga adalah sekitar 10-15% (anggaran) jauh lebih menjimatkan bahan api berbanding dengan enjin yang lama. Salah satu persamaan antara kedua dua enjin ialah mekanisme kawalan injap MIVEC yang digunakan untuk mengawalkan atau melambatkan pemasaan enjin.

Bagi enjin 4N16, sistem MIVEC ini digunakan untuk mengawal EGR (Exhaust Gas Residual) iaitu mengitar semula gas ekzos dan dibakar semula untuk mengurangkan pelepasan gas berbahaya seperti Nitrogen Dioksida dan Sulfur Dioksida.

Gas EGR ini juga melalui proses sejukan (cooled EGR) bagi memastikan enjin ini lebih efisyen berbanding dengan enjin lama. Sistem ini juga membenarkan enjin ini menerima pelepasan asap Euro 5 berbanding dengan enjin 4N15 yang hanya menerima pelepasan asap Euro 4.

Bagi sesetengah pasaran yang sensitif dengan harga diesel yang mahal, enjin ini juga dipadankan dengan sistem Start/Stop. Sistem ini mengurangkan lagi pelepasan gas berbahaya dan lebih menjimatkan bahan api

Bagi sesetengah pasaran seperti Thailand, enjin ini juga direka untuk menerima diesel B20 iaitu diesel yang dicampur dengan minyak sawit atau biofuel yang lain. Bagi B20, ia mengandungi sehingga 20% bahan api biofuel.

Google ads
Back to top button