
SMART #1 TERIMA TEMPAHAN SEBANYAK 1,000 UNIT SEJAK DILANCARKAN
smart Malaysia hari ini mengumumkan model baharunya, smart #1, telah menerima tempahan mencecah 1,000 unit hanya dalam beberapa minggu selepas pelancarannya pada 21 November.
Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, kejayaan smart #1 tidak hanya mencerminkan kecemerlangan produk, tetapi juga dedikasi untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lancar.
“Perlindungan jaminan komprehensif, pakej percuma, dan tawaran pengecas rumah smartCharge adalah bukti komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan.
“Penghantaran juga merupakan aspek penting, dan pasukan kami sedang berusaha gigih untuk memastikan kereta disampaikan kepada pelanggan tepat pada masanya.”

smart #1 turut mempersembahkan 10 pilihan warna yang memukau, termasuk pilihan seperti Atom Grey – Matte (Bumbung Merah), Meta Black (Bumbung Merah), Digital White, dan Future Green.
Pembeli boleh mendapatkan tawaran eksklusif, termasuk Pakej Aksesori percuma bernilai RM2,000, Data Internet percuma selama 5 tahun dengan jumlah 60GB, dan tawaran limited-time Pengecas AC smartCharge percuma bernilai RM3,200.
Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Disember 2023.
Selain itu, bagi memastikan pemilikan yang lancar, smart Malaysia juga meningkatkan pengalaman pengguna melalui aplikasi Hello smart dan 10 pengedar di enam negeri.
Komitmen smart Malaysia terhadap pelanggan sebagai fokus utama diterjemahkan melalui aplikasi Hello smart yang mesra pengguna.
Menurutnya, pplikasi ini memperkemaskan pengalaman pemilikan dengan memberikan penyelesaian yang menyeluruh bagi pemilik smart #1 – dari tempahan kereta, pembayaran, sehingga memulakan proses pengecasan, dan memantau status pengecasan.
Bagi menyokong komitmen ini, terdapat 10 cawangan pengedar yang terletak secara strategik di 6 negeri di Malaysia.
Tambahnya lagi, pengedar smart tidak hanya bertujuan untuk memudahkan proses pembelian, tetapi juga memastikan perkhidmatan pasca-pembelian mendapat bimbingan pakar kepada pelanggan.
smart #1 dilengkapkan dengan tawaran pakej jaminan yang lebih luas, termasuk Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun atau 200,000km, Jaminan Komponen Bervoltan Tinggi selama 8-tahun atau 150,000km, Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan, dan Jaminan Alat Ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan.
Pelanggan juga boleh mendapat manfaat daripada Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7.







