
FIM JUNIORGP KINI KEMBALI – PUSINGAN PERTAMA BERLANGSUNG DI LITAR ESTORIL, PORTUGAL
Musim 2023 bagi Kejuaraan FIM JuniorGP kini bermula dan menjadikan Litar Estoril Portugal sebagai saksi perlumbaan pusingan pertama.
Dalam Kejuaraan ini, ZK Racing membarisi dua pelumba iaitu Danial Syahmi dalam kategori Junior Talent Cup dan Hakim Danish bagi kategori European Talent Cup.
Walau bagaimanapun, Danial Syahmi tidak akan beraksi untuk pusingan pertama ini berikutan kecederaan yang dialaminya minggu lalu dalam sesi kelayakan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Jerez.

“Seperti sedia maklum, untuk pusingan pertama di Estoril ini saya tidak akan beraksi akibat kemalangan yang saya alami sewaktu sesi Qualifying Red Bull MotoGP Rookies Cup di Jerez.
“Saya akan menjalani pembedahan secepat mungkin dan tidak sabar untuk berlumba lagi. Terima kasih kepada yang mendoakan saya serta seluruh pelumba Malaysia,” kata Danial Syahmi.
Sesi latihan bakal dijalankan sebanyak 2 sesi pada hari Khamis, 2 sesi pada Jumaat dan pada hari Sabtu, sesi kualifikasi manakala satu perlumbaan JuniorGP pada hari Ahad beserta 2 perlumbaan European Talent Cup.