
Buletin
SUZUKI BAKAL HAPUSKAN JENTERA LUMBA MOTOGP GSX-RR 2022
Berita penarikan Suzuki daripada sukan MotoGP sudah cukup menyedihkan, namun lebih mendukacitakan apabila Suzuki dilapor akan menghapuskan jentera lumba GSX-RR 2022.
Menurut pengurus pasukan Suzuki MotoGP, Livio Suppo memberitahu, “dua unit jentera ini akan dipamerkan di muzium, manakala selebihnya akan dihapuskan bersama-sama dengan alat ganti.”
Jelasnya lagi, pengeluar Jepun terpaksa mengambil langkah drastik itu demi mengelakkan beban cukai yang dikenakan ke atas setiap jentera.
Dalam pada itu, pelumba Alex Rins berharap agar dapat memperoleh salah sebuah daripada jentera GSX-RR itu.
“Saya telah memintanya, namun saya diberitahu bahawa jentera itu perlu dibeli. Jika saya ada peluang, ya (saya akan membelinya). – RideApart