Artikel Pilihan

INILAH DIA KOLEKSI KEMEWAHAN RAFFI AHMAD – SELEBRITI INDONESIA YANG KAYA SERUPA SULTAN

Nama pelakon Raffi Ahmad barangkali tidak ramai yang mengenali. Pelakon, pengacara, pelawak, penyanyi, produser dan juga ahli perniagaan yang berusia 36 tahun ini cukup dikenali di Indonesia dengan gelaran Sultan Andara yang juga merupakan kompleks perumahan golongan bangsawan di Green Andara Residence terletak di Depok.

Sebagai seorang yang kaya, sudah minat beliau adalah mengumpul kereta. Hobi mengumpul kenderaan ini sebenarnya telah bermula sewaktu beliau berada di Sekolah Menengah Atas lagi apabila turut mula mengumpul koleksi motor Ducati dan juga Harley Davidson. Jom kita tengok apa lagi diantara koleksi kereta / mobil yang pernah berada dalam garaj beliau.

Toyota Alphad / Vellfire

Model MPV premium ini sudah semestinya menjadi koleksi wajib buat mana – mana golongan orang berada atas faktor keselesaan yang dimiliki oleh pengeluar MPV dari Jepun ini. Bukan satu, malah Raffi Ahmad memiliki sehingga empat buat model Alphard / Vellfire, sama ada untuk kegunaan sendiri atau pun digunapakai oleh saudaranya, Bagi kegunaan sendiri, beliau turut memiliki varian Lombardi yang menampilkan ciri yang lebih mewah, lengkap dengan TVc 4k bersaiz 40 inci dan juga tempat duduk kapten.

Rolls-Royce

Bagi melambang gelaran seorang Sultan yang diberikan oleh masyarakat kepada beliau, Raffi Ahmad turut memiliki / pernah memiliki beberapa model Rolls-Royce. Sebelum ini beliau pernah memiliki Rolls-Royce Ghost dan juga model Phantom. Model Rolls-Royce Phantom ini agak baharu juga dibeli, pada tahun lepas dengan harga Rp 20 million (RM 6 juta ++). Dan paling terbaharu, khabarnya beliau turut bercadang untuk mendapatkan model versi Convertible juga pada tahun ini.

Lamborghini Aventador

Model Supercar ini turut dimiliki oleh Raffi Ahmad. Sekitar tahun 2019 model buatan Itali ini pernah terbakar. Beliau gigih untuk memperbaiki semula Aventador beliau dengan memesan segala alat ganti terus dari Itali. Proses pembaikannya memakan masa yang agak lama juga. Hampir satu tahun juga. Tapi hasilnya cukup berbaloi apabila penampilannya telah diberikan dengan sentuhan warna merah di beberapa bahagian berbanding warna hitam keseluruhan badan Aventador sebelum terlibat dengan kebakaran.

BMW E30

Ini mungkin koleksi kereta yang paling berusia dalam simpanan dan koleksi Raffi Ahmad. Model 3 Series ini sebenarnya merupakan peninggalan daripada Almarhum ayahnya. Sudah tentu, model 3 Series ini juga merupakan model kesayangan beliau sendiri dan tidak akan dijual diganti dengan model lain, sama seperti apa yang beliau lakukan apabila mahu mendapatkan model terbaharu. Beliau akan tukar ganti model sedia ada dengan mana – mana model terbaharu idaman hati.

Perumahan Andara

Ini adalah kawasan perumahan golongan elit yang terletak di Jakarta Selatan. Raffi Ahmad khabarnya memiliki sejumlah unit (mungkin sekitar 8 – 11) unit di Green Andara Residence ini termasuk sebuah unit yang dijadikan sebagai studio / pejabat. Malah, beliau turut membuat renovasi untuk dijadikan unit parkir bawah tanah lengkap dengan lif serta pelantar berputar yang boleh menempatkan sehingga enam buah kereta.

Kelab Bola Sepak RANS Nusantara FC

Raffi Ahmad telah membeli kelab bolasepak Cilegon FC pada tahun 2021 dan menukarkan nama kepada RANS Nusantara FC (Raffi Ahmad Nagita Slavina), Kini kelab tersebut beraksi dalam Liga 1 Indonesia. Peminat bolasepak dikejutkan apabila Raffi Ahmad turut menjemput pemain lagenda Brazil, Ronaldinho untuk beraksi sebagai pemain jemputan untuk kelabnya itu.

BACA : SELAIN BERMAIN BOLA SEPAK, PEMAIN BOLA JUGA ADA HOBI KUMPUL KERETA MEWAH

BACA : KENDERAAN PILIHAN PEMAIN LIVERPOOL

Google ads

B K

Back to top button