Motosikal

PASUKAN WITHU RNF MOTOGP RACING JADI PASUKAN SATELIT APRILIA MUSIM DEPAN

RNF Racing dan Aprilia Racing mencapai kata sepakat berkolaborasi selama dua tahun bermula musim hadapan.

Melalui persefahaman berkenaan, RNF Racing dan Aprilia Racing juga boleh memperbaharui gandingan selama dua tahun lagi.

Kolaborasi itu turut melakar sejarah tersendiri bagi Aprilia apabila memiliki pasukan satelit dan empat Aprilia RS-GP di litar.

Pasukan RNF Racing mengekalkan prinsip menjadi platform pembangunan pelumba sebelum mereka dipindahkan ke pasukan induk Aprilia Racing.

Prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali berkata pasukan sangat teruja dengan kerjasama jangka panjang bersama Aprilia Racing.

“Falsafah kami masih lagi kekal untuk bekerjasama dengan pasukan pengilang bagi membangunkan pelumba sebelum mereka menjadi pelumba utama pasukan Aprilia.

“Kami akan menyokong dalam pembangunan bagi memastikan terus kompetitif dan memenangi perlumbaan bersama Aprilia Racing,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Massimo kerana memberi kepercayaan dan keyakinan kepada mereka.

Dalam pada itu, Razlan menambah pihaknya ingin menzahirkan rasa syukur kepada Yamaha kerana berkolaborasi dan berkembang bersama selama beberapa tahun.

“Kita akan terus memberi tumpuan dan bekerja keras mengharungi musim ini untuk memperbaiki kedudukan bersama Yamaha sekali gus menutup musim ini pada kedudukan terbaik,” katanya – motogp  

Google ads
Back to top button