Artikel Pilihan

CAMPUR MINYAK PELINCIR, ENJIN BOLEH MELETUP KEBABOM???

Bayangkan situasi kecemasan di mana enjin anda mengalami kebocoran halus pada oil seal ataupun oil sump, dan lampu amaran tekanan minyak enjin sudah menyala. Dalam keadaan kecemasan tersebut, anda berada jauh di kawasan pedalaman dan satu-satunya pilihan minyak pelincir yang ada ialah minyak enjin mineral biasa

Sedangkan enjin anda memerlukan minyak sintetik penuh 0-20 ILSAC GF7, anda tidak yakin untuk menggunakan minyak mineral biasa kerana risau enjin anda akan rosak serta merta. Tapi jika anda terus memandu sudah pasti enjin anda akan rosak lagi teruk

Jadi disebabkan tiada pilihan lain maka anda menuang minyak mineral pada enjin anda dan meneruskan perjalanan. Adakah enjin akan terus rosak?

Menurut satu artikel yang diterbitkan oleh web JALOPNIK dan ditulis oleh Jason Marker menyatakan kedua dua minyak pelincir kedua dua asas minyak pelincir adalah sama. Minyak pelincir mineral dihasilkan daripada produk petroleum

Bagi minyak sintetik, walaupun dihasilkan di makmal dengan campuran pelbagai jenis bahan kimia, detergen,polimer dan bahan aditif lain, asasnya masih lagi menggunakan bahan petroleum. Ia masih membekalkan pelinciran pada enjin anda dengan baik dalam keadaan pemanduan normal

Ia tidak akan menyebabkan enjin anda meletup dan rosak serta merta dalam masa terdekat. Namun pada masa yang sama bahan aditif daripada minyak pelincir sintetik akan dicairkan mengurangkan keberkesanan bahan aditif pada minyak sintetik

Keadaan ini menyebabkan minyak sintetik akan hilang keberkesanannya, jangka hayat dan semua kebolehan istimewa yang ada pada minyak sintetik penuh. Adalah lebih baik jika anda menukar semula minyak enjin anda secepat mungkin kepada minyak yang ditetapkan oleh pengeluar selepas isu kebocoran diselesaikan

Jika minyak sintetik menawarkan rintangan dan pelinciran yang rendah serta bagus, penggunaan minyak mineral akan menambahkan geseran dalaman pada enjin anda. Kesan yang “mungkin” akan timbul ialah respon enjin menjadi lambat dan penggunaan bahan api akan meningkat sedikit berbanding biasa.

Google ads
Back to top button