Artikel Pilihan

TESLA TERBAKAR AKIBAT GARAJ DIBANJIRI AIR – ADUH SATU DEMI SATU MASALAH NI

Gabenor Florida, Ron DeSantis keluarkan amaran kepada pemilik EV supaya meletakkan kenderaan mereka di tempat yang lebih selamat selepas sebuah Tesla terbakar dalam garaj yang dinaiki air akibat Taufan Helene yang melanda Pine County.

Dalam sekelip mata percikan air dilihat menyala dari bahagian bawah EV tersebut selepas air banjir memasuki lantai garaj. Air kemudiannya marak dengan panas menyebabkan keseluruhan garak dipenuhi kepulan asap tebal.

Maklumat lanjut tidak disiarkan oleh Pinellas County tapi pihak berkuasa mengingatkan penduduk supaya meletakkan kenderaan elektrik mereka di tempat yang lebih selamat dari ditenggelami air laut yang bergaram.

Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mengecas kenderaan di dalam bangunan atau pun garaj tertutup. EV juga mesti diletakkan sejauh sekurang-kurangnya 15 dari bangunan ataupun struktur yang mudah terbakar. Tidak cukup dengan itu, pemilik juga dinasihatkan supaya tidak memandu EV mereka sehinggalah ia ditunda untuk diperiksa oleh pusat servis. Aduh, susah juga hidup dengan EV ketika bencana macam ni.

Walaupun ia bukannya sesuatu yang berlaku setiap hari, ia ternyata agak serius kerana Tesla turut mengeluarkan peringatan kepada pemilik supaya memindahkan kenderaan mereka ke tempat selamat jika kemungkinan banjir berlaku. Jika sudah ditenggelami air, kenderaan mesti dipindahkan dan tidak boleh dipandu sebelum diperiksa sepenuhnya. Ambil langkah seperti terlibat dalam kemalangan dan hubungi syarikat insuran terbabit.

Kebimbangan pihak berkuasa Florida agak berasas kerana mereka mempunyai lebih 238,500 unit EV yang berdaftar sejak Jun lepas. Malah ia merupakan pasaran kedua terbesar EV di AS selepas California.

Google ads
Back to top button