Buletin

FOCUS EDISI MERAH & HITAM

Seperti yang diumumkan pada Geneva Motor Show Mac lalu, akhirnya model Ford Focus Edisi Merah dan Hitam rasmi dilancarkan ke pasaran Eropah.

Ford-Focus-edisi-merah-hitam-2015-mekanika (3)

Sebelum ini model berkenaan dipamerkan pada Geneva Motor Show 2015. Produk khusus untuk konsumer di Eropah itu menerima perubahan pada bahagian luaran dan dalaman.

Edisi Hitam akan menerima kemasan warna merah pada bahagian bumbung, cermin sisi dan bingkai gril. Sementara, Edisi Merah adalah sebaliknya.

Ford-Focus-edisi-merah-hitam-2015-mekanika (7)

Bahagian kabin pula, Ford menawarkan stereng dengan balutan kulit, pedal keluli tahan karat dan kerusi jahitan benang  merah.

Kedua-dua model didatangkan dengan rim aloi 18-inci, gril hitam dan diffuser berwarna merah.

Ford-Focus-edisi-merah-hitam-2015-mekanika (6)

Bukan itu sahaja, Focus juga dilengkapi sistem suspensi sport standard dengan talaan spring 10 peratus lebih keras di hadapan dan belakang. Tidak ketinggalan bar anti-roll di hadapan dan penyerap hentak yang sudah ditala.

Ford menyajikan beberapa pilihan enjin. Bermula dengan enjin 1.0-liter EcoBoost  dengan kuasa 123hp. Diikuti enjin 1.5-liter EcoBoost dengan dua versi pilihan kuasa iaitu 148hp dan 179hp.

Ford-Focus-edisi-merah-hitam-2015-mekanika (1)

Enjin diesel turut ditawarkan iaitu 1.5-liter TDCi  (118hp) dan 2.0-liter TDCi  (148hp).  Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

GALERI

Ford-Focus-edisi-merah-hitam-2015-mekanika (4)Ford-Focus-edisi-merah-hitam-2015-mekanika (5)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button