Motosikal

HUSQVARNA KUASAI BLUE GRAVITY ENDURO CHALLENGE 2015

Husqvarna Motorcycles mencuri penguasaan KTM dalam sukan pemotoran lasak tempatan.

Husqvarna-Blue-Gravity-Enduro-Challenge-mekanika (14)

Ini dibuktikan dalam acara Blue Gravity Enduro Challenge yang diadakan pada 20 Disember lalu di Litar Enduro Padang Ibu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pelumba kelahiran Perak, Lai Wai Seng dengan jentera Husqvarna TE 250 mendominasi kedua-dua kategori utama iaitu ED1 dan ED2.

Husqvarna-Blue-Gravity-Enduro-Challenge-mekanika (12)

Bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin turut serta dalam cabaran ini dengan menunggang Husqvarna FE 350 dalam kategori ED1 dan Husqvarna FE 250 dalam kategori ED2. Beliau menamatkan cabaran dalam kategori ED1 di tempat ke-7 dan podium tempat ke-3 dalam kategori ED2.

Cabaran juga disertai oleh peserta dari luar negara. Brett Macnamara dari Australia merangkul Juara dalam kategori ED5. Lene dari Cambodia berjaya ke podium tempat ke-3 dalam ED1 dan tempat ke-4 dalam ED2.

Husqvarna-Blue-Gravity-Enduro-Challenge-mekanika (5)

Lebih dari 150 penyertaan diterima. Terdapat 6 kategori dibuka untuk cabaran kali ini iaitu ED1 (2stroke up to 300cc / 4stroke up to 650cc), ED2 (2stroke up to 250cc / 4stroke OPEN), ED3 (CKD / Pit Bikes), ED4 (Cub-cross), ED5 (VETERAN VIP: 40-52 tahun) serta ED6 (VETERAN VVIP: 53 tahun ke atas).

Keadaan cuaca di Padang Ibu cerah sepanjang cabaran berlangsung. Ini membolehkan para pelumba mempamerkan kemahiran tunggangan di litar sepanjang 3.2 km tersebut.

Husqvarna-Blue-Gravity-Enduro-Challenge-mekanika (8)

“Walau hanya kurang dua tahun Husqvarna Motorcycles bertapak di Malaysia, kami  boleh melihat penerimaan oleh penunggang serta pelumba enduro dan motocross di negara ini amat positif.

“Jenama ini telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu serta terkenal dengan komponen yang premium di seluruh dunia. Ini menambahkan keyakinan pelnggan kepada Husqvarna,” kata Pengerusi Husqvarna Motorcycles Malaysia, Kenny Lee.

Husqvarna-Blue-Gravity-Enduro-Challenge-mekanika (9)

KEPUTUSAN:

Kategori ED1

  1. #188 Lai Wai Seng (Husqvarna), 01h 07’ 01”
  2. #80 Looi Soong Kim (KTM), 01h 07’ 01”
  3. #4 Lene (Husqvarna), 01h 07’ 48”
  4. #5 Chang Sze Piang (KTM), 01h 09’ 26”
  5. #32 Kook Chee Hoong (Kawasaki), 01h 09’ 43”

Kategori ED2

  1. #188 Lai Wai Seng (Husqvarna), 00h 47’ 00”
  2. #102 Muhammad Haikal Rahimi (Yamaha), 00h 47’ 38”
  3. #63 Zulfahmi Khairuddin (Husqvarna), 00h 47’ 47”
  4. #4 Lene (Husqvarna), 00h 47’ 50”
  5. #80 Looi Soong Kim (KTM), 00h 49’ 31”

Kategori ED3

  1. #196 Mustaqim Sapri (Kawasaki), 00h 48’ 45”
  2. #98 Muhamad Nooriman Sapri (Kawasaki), 00h 50’ 43”
  3. #53 Mohamad Faiz Kamaruddin (Kawasaki), 00h 51’ 15″

Kategori ED4

  1. #94 Mohd Zulhairi Mohd Rodzi (Honda), 00h 49’ 23”
  2. #153 Mohamad Faiz Kamaruddin (Suzuki), 00h 50’ 00”
  3. #31 Mohamad Irwan Hafizi (Suzuki), 00h 50’ 23”

Kategori ED5

  1. #109 Brett Macnamara (KTM)
  2. #5 Chang Sze Piang (KTM)
  3. #111 Hau Bee Lim (Kawasaki)

Kategori ED6

  1. #110 Sharifuddin Safie (Honda), 00h 42’ 16”
  2. #7 Sanny Teoh (KTM), 00h 42’ 26”
  3. #62 Tong Chee Soon (Kawasaki), 00h 43’ 31”
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button