Buletin

FORD BUKA PUSAT 3S BAHARU DI KOTA KINABALU

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif kenderaan Ford di Malaysia, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran di Kota Kinabalu. 

Selepas pelancaran Ford Ranger serba baharu, SDAC kini mengembangkan sayapnya dengan pembukaan rasmi pusat wakil pengedar terbaharunya, Ford Kota Kinabalu, Inanam, Boston Auto Sdn. Bhd. Ini merupakan pusat ketujuh SDAC di Sabah dan Sarawak, serta yang ke-36 di seluruh negara.

Terletak di lokasi strategik di Inanam Auto Hub di Kota Kinabalu, pusat pengedar itu mempunyai  kawasan binaan seluas 20,000 kaki persegi. Bilik pamerannya boleh memuatkan empat kenderaan dan lapan ruang servis. 

Ia dikendalikan oleh lebih 30 orang kakitangan berpengalaman yang terdiri daripada kakitangan jualan dan perkhidmatan. Selain lima juruteknik bertauliah Ford untuk memenuhi segala keperluan pelanggan.

“Sebagai pasaran trak pikap ketiga terbesar di Malaysia, kami bersedia untuk memanfaatkan prospek bagi menarik lebih ramai pelanggan di Sabah. Kami berbesar hati untuk melantik

Boston Auto sebagai wakil pengedar baharu,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

Ford Kota Kinabalu, Inanam, Boston Auto terletak di persimpangan Jalan Burung Selingkir, Jalan Pintasan Tuaran, Inanam 88450, Kota Kinabalu. 

Bilik pameran itu beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin-Jumaat. Dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada hujung minggu termasuk cuti umum. Sementara waktu operasi pusat servis ialah 8am-5pm (Isnin-Jumaat) dan 8am-12.30pm pada Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum. 

Google ads
Back to top button