Artikel Pilihan

VOLVO EX90, SUV TERBARU 7 TEMPAT DUDUK VOLVO, 482KM UNTUK SATU CAJ PENUH

Usaha Volvo bagi mentransformasikan semua barisan produk mereka daripada enjin pembakaran dalam kepada berkuasa elektrik sepenuhnya diteruskan lagi dengan pengenalan EX90 iaitu SUV yang paling canggih dalam model Volvo.

EX90 diposisikan di atas XC90 dan mengetengahkan elemen rekaan luar Concept Recharge dari tahun 2021. EX90 direka supaya lebih bergaya daripada XC90, mengekalkan lampu LED DRL tukul Thor serta lampu belakang LED diberikan sentuhan yang baru.

Trenkuasa 496 kuasa kuda dipilih untuk digunakan pada EX90 bagi membolehkan pecutan 0-100km.jam dibuat dalam masa 4.7 saat. Ia ju diberikan bateri yang cukup besar bagi membolehkan SUV 7 tempat duduk ini dipandu sejauh 482km untuk satu pengecasan penuh yang boleh dicaj dari 10-80% dalam masa 30 minit dengan pengecaj DC

Terdapat 3 varian yang akan ditawarkan iaitu Core (RM 363,000), Plus (RM 409,000) dan Ultimate (RM 454,000) dengan semua adalah harga anggaran yang akan dijual di pasaran Amerika. Semua varian akan ditawarkan dengan konfigurasi 2 unit motor menjadikan EX90 sebagai pacuan semua roda.

Tapi bagi varian Core, ia hanya menawarkan 402 kuasa kuda sahaja manakal varian Ultimate ialah 496 kuasa kuda. Bagi varian Core, pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa 5.7 saat lebih perlahan berbanding dengan Ultimate.

On Board Charger atau pengecas bateri adalah berkuasa 111kWh serta rekaan sistem bateri membenarkan EX90 mengecaj peralatan lain atau mengecaj kereta elektrik lain jika bekalan kuasa elektrik di rumah terputus

Buat masa ini agensi perlindungan alam sekitar EPA masih belum mengeluarkan keputusan ujian penggunaan tenaga, tapi kebanyakan pakar berpendapat julat pemanduan EX90 tidak jauh berbeza dengan BMWiX dan Rivian R1S (425km-600km)

Rekaan dalaman dan papan pemuka EX90 mengekalkan gaya minimalis serta skrin besar 14.5 inci yang digunakan untuk mengawal ciri multimedia dan pelbagai ciri lain. Sistem multimedia ini menggunakan sistem berasaskan Google yang mampu mengira baki bateri dan jarak perjalanan.

Sambungan Apple Car Play dan Android Auto turut disediakan bagi unit multimedia ini. Bagi pasaran Amerika, EX90 ditawarkan dengan 25 pembesar suara Bower & Wilkins sebagai pilihan naik taraf, lengkap dengan teknologi Dolby Atmos. Salah satu pembesar suara ditanam di dalam perehat kepala EX90!!!

Bumbung kaca juga turut menawarkan ruang yang luas dengan pencahayaan maksimum untuk semua 7 penumpang. Kemasan kulit tidak disediakan dan digantikan dengan bahan lain yang menghasilkan kemasan dan rasa yang premium sama seperti kulit. Malah Volvo turut menghasilkan fabrik khas yang dihasilkan daripada botol plastik kitar semula bagi menghasilkan kusyen

Dalam aspek keselamatan, EX90 akan diberikan sistem LIDAR (light detection and ranging) generasi baru yang lebih kecil dan kompak, 5 sistem radar, 16 sensor ultrasonic, dan 8 kamera yang akan sentiasa memantau perjalanan dan pergerakan EX90.

Sistem ini akan menyokong aplikasi Pilot Assist- Enhanced yang akan memastikan perjalanan bergerak lancar dan selamat. Sistem ini akan memantau pergerakan kenderaan lain, melihat penandaan jalanraya bagi memastikan pemandu mematuhi halaju dan jarak dengan kenderaan yang lain

Sistem ini berupaya mengesan jika pemandu mengantuk, mengesan jika ada penumpang tertinggal di dalam kereta serta boleh mengesan bahaya atau kenderaan lain di persimpangan jalan raya yang sibuk bagi menghalang berlakunya kemalangan.

Google ads
Back to top button