Buletin

FORD F-150: 3.5L TURBO, 375hp 10 KELAJUAN AUTOMATIK!

Mat Salleh kata ‘insane’. Bayangkan sebuah Ford Ranger Wildtrak dengan saiz 30% lebih besar dan hampir 400 kuasa kuda.

Ford-F150-EcoBoost-V6-mekanika (5)

Di Amerika Syarikat, trak pikap bersaiz gergasi menggantikan spesifikasi trak untuk pasaran Asia. Hilux diganti Tundra, Ranger diganti Raptor (Honda ada Ridgeline).

Ford Amerika telah melancarkan model 2017 F-150 yang diperkuatkan dengan enjin 3.5 turbo yang diperbaharui. Enjin V6 3.5 liter EcoBoost ini berkuasa 375 kuasa kuda dan 470m paun tork. Menokok 10 kuasa kuda dan 50 pound tork berbanding versi sebelumnya.

Ford-F150-EcoBoost-V6-mekanika (2)

Ia menewaskan semua enjin diesel dan petrol. Termasuklah enjin V8 yang hampir dua kali ganda sesarannya berbanding konfigurasi V6 ini. Ia juga menawarkan tekanan tork paling tinggi dalam segmennya.

Enjin itu juga dipadankan dengan transmisi produksi massa pertama dalam industri dengan spesifikasi 10 kelajuan. Transmisi tersebut membolehkan tahap pecutan lebih baik berbanding transmisi 6 kelajuan sebelum ini.

Ford-F150-EcoBoost-V6-mekanika (4)

Enjin 3.5 liter merupakan evolusi model asal EcoBoost 2.7 liter yang diperkenalkan pada awal tahun lalu pada model F-150. Enjin 2.7 dan 3.5 liter menjadi pilihan majoriti pemilik F-150 yang menyumbang 60 peratus daripada keseluruhan jualannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button