Spyshot

PROTON IRIZ SEDAN, SPYSHOT TERBARU GANTIAN PERSONA

Sewaktu dilancarkan, Proton Persona adalah ‘jalan keluar’ Proton setelah lebih 20 tahun dalam industri. Ia merupakan sedan pertama yang dibina oleh syarikat tersebut (Gen2 secara teknikalnya adalah liftback). Bergelut dengan persaingan yang semakin sengit, pada bulan lepas, mereka melancarkan model Perdana untuk merebut semula kek pasaran yang semakin mengecil.

Persona (2)

Setelah lebih 9 tahun di pasaran, sudah sampai masanya Persona menerima model baru untuk terus kekal relevan dalam segmen B. Gambar risikan model gantian Persona ini mula tersebar beberapa hari lepas dan ia mula menjadi tajuk bualan hangat apatah lagi Perodua Bezza akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi.

Kelihatan di sini walaupun kurang jelas, ia masih memperlihatkan garis badan nyata bagi produk sebenar yang akan dilancarkan tidak lama lagi. ”Muka’ hadapan Persona ini tidak dapat menyembunyikan wajah Iriz, platform sama yang digunakan untuk ‘mensedankan’ sebuah Persona.

Persona (1)

Adalah satu cabaran yang besar untuk menggunakan sebuah casis hatchback kepada sedan kerana rekaan pillar belakang sangat menyukarkan pereka untuk menambah kotak ketiga but belakang. Lihat sahaja SX4 hatchback dan sedan.

Namun Persona ini kelihatan mempunyai garis bahu yang tepat habis di atas sempadan lampu belakang. Ya, memang lampu belakang perlu bersaiz sebesar itu untuk imbangkan semula rekabentuk but secara keseluruhan. (Tengok Kia Rio hatchback dan sedan).

Persona (3)

Jujur untuk saya katakan bahawa Persona baru ini akan membawa DNA Iris dari segi jiwa dan rekabentuk. Saya secara peribadi melihat Iriz adalah titik perubahan gayareka Proton moden dan kepada yang bertanya kepada kami tarikh pelancarannya, kami sendiri tiada maklumat. Secara teorinya, ia tak akan lama. Mungkin sebulan dari sekarang?

Persona (4)

Kepada yang bertanya adakah wajar menunggu Persona baru atau membeli Bezza. Jawapan kami juga sama macam soalan adakah Honda RS150R perlu ditunggu atau beli sahaja Y15ZR. Ya. Tunggu dulu, pandu uji kedua-duanya untuk buat keputusan.

Tetapi, kedua-dua nya dari liga yang berbeza. Bezza dalam kategori A (Axia) sementara Persona dalam kategori B. Sebenarnya tak boleh banding pun. Kena tunggu gantian Saga untuk banding dengan Bezza.

kredit foto kepada Ozi Malaysia

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button