
MAZDA3 2017 DILANCARKAN
Debut Mazda3 atau dikenali dengan nama Axela di Jepun baru-baru ini hadir bersama beberapa ciri menarik.
Sama seperti semua model generasi baru Mazda, model itu didatangkan dengan konsep Jinba Ittai. Jinba Ittai ialah falsafah yang bermaksud ‘penungggang dan kuda menjadi satu yang asalnya digunakan untuk model MX-5.
Mazda3 2017 juga mengetengahkan teknologi terbaru iaitu G-Vectoring Control (GVC). Ini adalah sistem terbaru dalam generasi SKYACTIV yang merupakan intergasi tork enjin pada setiap roda. Ia menawarakn pemanduan yang lebih jitu dan lancar dalam apa juga situasi.
Enjin diesel terbaru mendapat kawalan boost berketepatan tinggi yang meningkatkan tahap responsif pecutan. Ia juga datang dengan Natural Sound Frequency Control untuk menyerap gegaran yang menyebabkan ‘knocking’ dalam 3 frekuensi kritikal putaran enjin.
Di bahagian kabin, beberapa peningkatan dilakukan. Antaranya, ciri-ciri Active Driving Display yang telah dipertingkatkan dengan paparan penuh warna berkualiti tinggi. Ia memudahkan maklumat dibaca tanpa perlu pemandu mengalihkan perhatian dari dari jalan raya.
Ciri-ciri keselamatan aktif termasuklah Advanced Smart City Brake Support (Advanced SCBS). Kamera depan meggantikan sistem laser, lantas meningkatkan jarak untuk mengesan kenderaan atau pejalan kaki.
Model ini juga akan ditawarkan dengan Adaptive LED Headlights (ALH) termasuklah lampu tinggi anti-silau yang mampu menawarkan keselesaan pecncahayaan malam tanpa mengganggu trafik hadapan.
Mazda3 ditawarkan dalam tiga varian: SKYACTIV-G petrol– SKYACTIV-G 1.5 (100PS) dan dua SKYACTIV-G 2.0 (120PS & 165PS). Di samping dua varian enjin diesel, SKYACTIV-D 1.5 (105PS) dan SKYACTIV-D 2.2 (150PS).
Enjin-enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear SKYACTIV-MT manual atau automatik SKYACTIV-Drive.












