Buletin

HYUNDAI PALISADE XRT PRO DIPERKENALKAN. SUV MENGEMBARA MEWAH UNTUK KELUARGA KE HUTAN BELANTARA

Hyundai Motor Amerika terus mengukuhkan kedudukannya untuk segmen SUV bersaiz penuh dengan memperkenalkan model baharu, Hyundai Palisade XRT Pro bersempena dengan New York International Auto Show 2025. Dengan pengenalan secara global model XRT Pro pertama ini bermakna Hyundai Palisade ini bersedia untuk membawa ke mana sahaja pengembaraan bersama keluarga ke mana sahaja yang diinginkan.

Umum mengetahui bahawa Hyundai Palisade ini adalah merupakan sebuah SUV bersaiz sederhana besar yang juga merupakan SUV perdana untuk Hyundai dan model XRT Pro ini dihasilkan berdasarkan generasi kedua Palisade yang kelihatan jauh lebih besar dan gagah untuk kegunaan keluarga.

Dan bagi mereka yang inginkan model ini dibawa masuk jauh mengembara ke dalam hutan bersama keluarga, maka varian XRT Pro yang buat pertama kali diperkenalkan ini adalah jawapan yang tepat lengkap dengan segala ciri untuk tampil sebuah model off-road yang rugged.

Untuk yang bertanya mengapakah model ini dilancarkan di Amerika Syarikat, Hyundai sememangnya telah menghasilkan model yang rugged ini khusus untuk pengguna di negara yang telah dipimpin oleh pemimpin yang barangkali otaknya terlebih bersambung dengan sel – sel yang merepek hal tarif ini.

Antara ciri XRT Pro yang telah diberikan terhadap Hyundai Palisade untuk menjadikannya sebagai sebuah SUV off-road yang rugged termasuklah tahap pelepasan tanah yang sedikit tinggi 8.4 inci. Penggunaan tayar jenis AT yang tebal 255/60R18 memberikan rupa yang lebih lasak dan buas serta membantu tahap ketinggian yang diperlukan. Malah dimensi ukuran untuk mendekati (20.5°), pelepasan (20.5°) dan juga penembusan (18.3°) dari segi geometri juga turut lebih baik untuk menempuhi permukaan yang mencabar.

Mode pemanduan kini dilengkapi dengan Mud, Sand dan juga Snow untuk sekiranya pemandu mengalami salah satu situasi pemanduan yang mencabar. Model ini juga dilengkapi dengan cangkuk di bahagian hadapan dan belakang sekiranya berlaku situasi yang tidak diingini ketika berada di dalam hutan.

Menggerakkan SUV yang besar ini adalah enjin V6 .35 liter yang baru dibangunkan dengan kuasa sekitar 287 HP dan 352 Nm yang dilihat cukup berkuasa. Malah dengan tork yang tinggi ini membolehkan Hyundai Palisade XRT Pro ini menunda beban di belakang sehingga 5,000 paun.

BACA : HYUNDAI PALISADE KINI HADIR DENGAN PILIHAN HIBRID

BACA : HYUNDAI PALISADE FACELIFT 2023 KINI DI MALAYSIA. 2 PILIHAN ENJIN, 4 VARIAN, BERMULA RM369K

Google ads

B K

Back to top button