Buletin

LOKASI BAHARU WRC RALLY ISLAS CANARIAS. INI YANG DILAKUKAN OLEH PASUKAN HYUNDAI UNTUK BERSIAP SEDIA

Rally Islas Canarias yang juga dikenali Rally El Corte Inglés barangkali suatu perlumbaan yang boleh tahan popular di peringkat Eropah dan juga Sepanyol. Ianya berlokasikan di Gran Canaria kepulauan Canari Island. Rally Islas Canarias ini juga merupakan perlumbaan penting FIA European Rally Championship (ERC) selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Tetapi bermula tahun 2025, Rally Islas Canarias ini telah dimasukkan ke dalam kalendar perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) sebagai salah satu lokasi baharu bermula musim ini. Sebagai lokasi baharu untuk WRC, sudah tentu ianya akan menawarkan cabaran baharu buat pemandu dan juga pasukan. Sudah tentu sebagai lokasi baharu ianya akan memberikan peluang yang sama rata buat semua pasukan dan pemandu kecuali buat mereka yang telah membuat persediaan rapi.

Bagi pasukan Hyundai Motorsport sendiri, persediaan untuk menghadapi Rally Islas Canarias ini sebetulnya telah dilakukan kira – kira 12 bulan yang lalu. Hyundai telah menghantar Jurutera mereka untuk menghadiri perlumbaan ERC tersebut untuk menilai setiap peringkat perlumbaan bagi mendapatkan idea bagaimana tentang permukaan jalan raya.

Menurut Ketua Jurutera Hyundai Gerard Jan de Jongh pasukannya telah mula cuba memahami cabaran yang akan mereka hadapi kelak. Malah untuk membantu persiapan, pasukan WRC akan menerima fail data GPS daripada penganjur perlumbaan yang memberikan butiran setiap peringkat perlumbaan yang akan dipaparkan dalam jadual perjalanan acara. Ianya termasuklah rakaman video dari dalam kereta yang beraksi dalam peringkat perlumbaan walau pun bukan dalam kelajuan yang kompetetif.

Di samping maklumat yang dikumpul hasil daripada lawatan Jurutera ke perlumbaan tahun lepas, secara tidak langsung membolehkan mereka mendapat idea tentang bagaimana ciri-ciri peringkat perlumbaan untuk aksi di Rally Islas Canarias nanti.

Sementara Jurutera sedang mempersiapkan simulasi laluan dengan menggunakan lakaran simulasi 3D secara asas bagi berdasarkan data yang diperolehi, pemandu pasukan pula Thierry Neuville bersama Juruarah Martijn Wydaeghe pula telah mengambil bahagian dalam perlumbaan pembuka tirai ERC yang diadakan di Rally Sierra Morena awal bulan ini bagi mendapatkan maklumat penting mengenai tayar Hankook bagaimana ia bertindak balas untuk permukaan asfal.

Malah beliau bersama Juruarah Martijn Wydaeghe juga berpeluang menelaah video di dalam kereta yang telah disediakan penganjur bagi membolehkan mereka lebih mengenali laluan yang punya persamaan untuk perlumbaan di Rally Islas Canarias ini.

Kredit Foto : Hyundai Motorsport

BACA : ERC 2024 – YOANN BONATO MUNCUL JUARA DI RALLY ISLAS CANARIAS DUA KALI BERTURUT – TURUT

BACA : WRC 2025 PEMBUKA TIRAI DI RALLYE MONTE-CARLO. APA LAGI YANG BAHARU UNTUK MUSIM INI?

Google ads

B K

Back to top button