
TESLA MODEL 3 LONG RANGE BOLEH HILANG SEHINGGA 17% JARAK PERJALANAN DALAM CUACA SEJUK EKSTRIM
Bagi pasaran Amerika, Tesla Model 3 merupakan antara kereta elektrik termurah yang dijual oleh Tesla dengan jarak perjalanan sehingga 354km bagi Standard Range, 422km bagi Standard Range Plus dan 568km bagi varian Long Range Plus. Bagi model Long Range Plus, ia menggunakan bateri ion Lithium sebesar 82kWh.
Tapi apabila berhadapan dengan cuaca sejuk yang ekstrim, Tesla Model 3 Long Range akan kehilangan jarak perjalanan sehingga 17% daripada jarak asal. Jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain, kehilangan 17% ini adalah masih lagi kecil dan terendah di antara model kereta elektrik yang lain.
Bagi Tesla Model 3 varian tertinggi iaitu Long Range dan juga Performance, kedua dua model didatangkan dengan 2 motor elektrik bagi memudahkan mobiliti pengguna dalam keadaan bersalji dan juga ketika permukaan jalan licin pada hari hujan
Apabila berhadapan dengan cuaca sejuk ekstrim, pemilik akan kehilangan 17% jarak perjalanan dan boleh memandu sejauh 322km atau maksima 362km bagi sekali caj penuh bergantung pada suhu dan juga cara pemanduan. Keadaan ini juga adalah sama dengan Tesla Model S P100D yang mengalami sehingga 19% kehilangan jarak pemanduan.
Tapi Tesla boleh mendabik dada kerana angka ini adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan jenama kereta elektrik yang lain. Ford Mustang Mach-E akan kehilangan jarak pemanduan sehingga 30%, Nissan Leaf pula akan kehilangan jarak sehingga 21% dan Volkswagen ID4 kehilangan jarak pemanduan sehingga 30% dalam suhu sejuk yang sama mengikut data kajian Recurrent
Satu lagi kajian oleh AAA mendapati kebanyakan kereta elektrik akan mengalami sehingga 30% pengurangan jarak perjalanan dalam cuaca sejuk beku. Jika kereta elektrik beroperasi pada suhu persekitaran -6 darjah Celcius, jarak perjalanan akan berkurang sehingga 41%.
AAA juga mendapati Tesla Model 3 boleh kehilangan jarak perjalanan 17% jika beroperasi dalam suhu melebih 36 darjah Celcius, tapi ia tidak begitu ketara jika dibandingkan dalam cuaca sejuk ekstrim. Tesla berupaya mengelakkan masalah ini dalam 2 penyelesaian kejuruteraan yang dihasilkan oleh mereka.
Pertama sistem pengurusan haba dalam Model 3 akan sentiasa memastikan bateri beroperasi dalam keadaan optimum, memanaskan bateri dalam suhu sejuk dan menyejukkan bateri ketika cuaca panas. Kedua jarak perjalanan Tesla dikira berdasarkan kecekapan yang tetap (fix efficiency value) bukannya dynamic value yang sentiasa berubah-ubah
Cuaca sejuk akan menjadikan proses reaksi kimia menjadi perlahan dalam bateri terutama pross konduktiviti dan diffusivity. Ini menyebabkan proses pengecasan menjadi semakin perlahan dan jarak perjalanan menjadi kurang kerana kuasa bateri akan digunakan oleh Battery Management System untuk memanaskan bateri.