
FORD RANGER RAPTOR 2.0L BI-TURBO DIESEL DILANCARKAN, 210HP, HARGA BERMULA RM248K
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini melancarkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu pada harga RM248,888.
Varian enjin diesel 2.0 liter untuk Ranger Raptor generasi baharu memberi pilihan lain kepada pelanggan setelah varian enjin petrol 3.0 liter EcoBoost V6 sedia ada.
Dari luar, Ranger Raptor diserlahkan menerusi lampu depan LED lebar, tulisan “FORD” pada gril, rim aloi bersaiz 17-inci dibaluti tayar BFGoodrich All Terrain KO2, scuff plate selain, terdapat pemijak sisi jenis aluminium.

Menjengah dalam kabin, ia dimuatkan skrin intrumen 12.4-inci, sistem infotainment Ford SYNC 4A dengan ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto.
Tema reka bentuk berprestasi tinggi dan bertenaga turut dikekalkan sehingga ke ruang kabin, termasuk kerusi kulit sporty inspirasi jet pejuang, panel instrumen dengan nuansa Code Orange, gear knob kulit dengan e-shifter, stereng kulit gred premium serta paddle shifters salutan magnesium.
Ciri-ciri dalaman standard lain:
- Sistem bunyi Bang & Olufsen® dengan lapan pembesar suara
- Empat port pengecas USB
- Pengecas Qi tanpa wayar
- Soket 12 volt
- Kamera 360 darjah

Bagi aspek keselamatan, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel menawarkan ciri keselamatan aktif serta sistem bantuan pemandu terkini seperti varian V6.
Ini termasuklah tujuh beg udara, Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go dan Lane Centering, lampu kecemasan, sistem maklumat titik buta (BLIS) dan High Beam Assist, Reverse Brake Assist, Evasive Steer Assist dan amaran Rear Cross-Traffic.
Dari segi kuasa, nadi 2.0 liter Bi-Turbo Diesel berupaya menghasilkan 210hp, tork 500Nm dan dipadankan bersama transmisi automatik 10-kelajuan dengan Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF).
Sistem pacuan semua-roda padanya dilengkapi dengan transfer case kawalan elektronik dan kedua-dua gandar depan serta belakang juga mendapat pengunci differential.
Sama seperti varian V6, ia juga menawarkan Terrain Management System yang dikemas kini dengan tujuh mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Slippery, Rock Crawl, Sand, Mud/Ruts dan juga Baja.
Selain itu, sistem suspensi Ranger Raptor diesel disokong oleh peredam adaptif FOX Live Valve 2.5 inci yang menggunakan minyak Teflon bagi mengurangkan geseran sebanyak 50 peratus berbanding keluaran terdahulu.
Untuk rekod, Ranger Raptor generasi baharu menyediakan lima pilihan warna iaitu Code Orange, Absolute Black, Arctic White, Conquer Grey, atau Lightning Blue.
Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu dilengkapi dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 160,000 km, yang mana terlebih dahulu.
Tambahan, pelanggan juga boleh memilih untuk memanjangkan tempoh jaminan sehingga tujuh tahun melalui pakej jaminan PremiumCare.
Tidak cukup dengan itu, 300 pelanggan pertama di seluruh negara membuat tempahan untuk Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan menerima hadiah pendaftaran awal seperti berikut:
- Dashcam Kenwood DRV-A700W yang dipasang khas dengan resolusi Wide-Quad High Definition (WQHD) 3.7-megapiksel.
- Tawaran istimewa iaitu diskaun RM500 untuk sesi Ford Ranger Getaways melalui kod promosi boleh ditebus setelah penghantaran kenderaan.
GALERI:







- BACA: FORD TAK IKUT LANGKAH GM, MAHU KEKALKAN ANDROID AUTO, APPLE CARPLAY PADA KERETA BAHARU
- BACA: FORD RANGER RAPTOR – KERETA KESELAMATAN BAHARU SUPERCARS CHAMPIONSHIP
- BACA: FORD BAKAL PASANG DAN JUAL RANGER GENERASI KELIMA DI CHINA
- BACA:FORD BRONCO DIPANGGIL SEMULA, REKAAN TALI PINGGANG KELEDAR TERSEMBUNYI


