Buletin

GWM LANTIK VUDHIGORN SURIYACHANTANANONT SEBAGAI NAIB PRESIDEN PEMASARAN RANTAU ASEAN

Great Wall Motor baru-baru ini mengumumkan pelantikan Vudhigorn Suriyachantananont sebagai Naib Presiden Pemasaran untuk rantau ASEAN. Sebelum menyertai GWM, beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif Toyota Motor Thailand.

Dengan pengetahuan tentang keperluan pelanggan, Vudhigorn akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan kedudukan pemasaran kukuh bagi pasaran utama seperti Thailand, Malaysia serta seluruh rantau ASEAN.

“Saya amat berbesar hati untuk menyertai pasukan dinamik GWM dan memainkan peranan dalam pengembangan syarikat dalam pasaran ASEAN kerana saya juga melihat banyak peluang untuk pasaran jiran seperti Thailand serta Malaysia,” katanya.

“Saya bersedia untuk menggunakan kepakaran pemasaran saya dan bekerja bersama pasukan pemasaran untuk meningkatkan lagi imej jenama, meluaskan pangkalan pelanggan dan memacu kejayaan luar biasa untuk GWM di rantau ASEAN.”

Tambahnya lagi, beliau komited untuk menyumbang kepada pembangunan dan pelancaran barisan produk GWM yang mempamerkan potensi inovatif kepada pelanggan di seluruh rantau ASEAN.

Selain itu, beliau juga mahu mengukuhkan kedudukan GWM sebagai jenama kenderaan elektrik paling dipercayai di Thailand, Malaysia dan pasaran ASEAN.

Di pasaran Thailand, model xEV GWM, termasuk SUV Hibrid HAVAL H6 Baharu, HAVAL H6 Plug-in Hybrid SUV, HAVAL JOLION Hybrid SUV, ORA GOOD CAT, dan ORA Good Cat GT, telah mencapai pertumbuhan luar biasa, mencatat hasil jualan 11,616 kenderaan pada 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Perkembangan berkaitan, GWM bersedia untuk memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga model baharu ke pasaran Thailand tahun ini, memenuhi permintaan serta pilihan pelanggan Thailand.

Di Malaysia, GWM terus memacu pertumbuhan eksponen untuk ORA GOOD CAT EV, dengan rancangan untuk melancarkan dua model baharu iaitu HAVAL H6 dan GWM CANNON dalam masa terdekat.

Google ads
Back to top button